Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek masyarakat elemen penting dalam kehidupan pelajar perubatan NUS

Jul 2, 2025 | 5:53 PM
Salah satu projek yang diketuai pelajar menyediakan penjagaan perubatan dan psikososial kepada pesakit berusia 65 tahun ke atas yang menghidap beberapa penyakit kronik dan baru sahaja dibenarkan keluar daripada hospital.
Salah satu projek yang diketuai pelajar menyediakan penjagaan perubatan dan psikososial kepada pesakit berusia 65 tahun ke atas yang menghidap beberapa penyakit kronik dan baru sahaja dibenarkan keluar daripada hospital. - Foto ST

Kerja kemasyarakatan oleh para pelajar dilakukan secara sukarela, tanpa sebarang markah diberikan untuk penyertaan.

Namun, hampir kesemua pelajar perubatan telah membantu dalam satu atau lebih projek kemasyarakatan sepanjang pengajian mereka di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Para pelajar sekolah tersebut mempunyai sejarah panjang dalam melakukan kerja sukarelawan, dengan beberapa projek sudah berjalan secara berterusan selama lebih 20 tahun, kata Naib Dekan Pejabat bagi Pelajar, Profesor Madya Marion Aw.

“Semua projek pelajar dimulakan sendiri oleh mereka, memperkasa pelajar untuk memikul tanggungjawab dan kepimpinan terhadap inisiatif mereka.

“Fakulti Perubatan NUS memberikan bimbingan melalui penasihat fakulti bagi setiap projek dan latihan melalui Pejabat bagi Pelajar,” katanya.

Setiap tahun, sekolah tersebut menyediakan sokongan kewangan dan pentadbiran bagi sekitar 20 hingga 30 projek yang diketuai pelajar.

Projek yang berjalan selama bertahun-tahun akan diteruskan oleh para pelajar lebih muda, lapor The Straits Times (ST).

Profesor Madya Chen Zhi Xiong dari jabatan fisiologi, yang merupakan penasihat fakulti bagi beberapa projek pelajar, berkata:

“Kami amat menggalakkan semua pelajar kami untuk terlibat dalam kerja sukarela.

“Kami memandang serius (usaha ini), dan sepanjang empat atau lima tahun lalu, kami telah memperkukuh rangka kerja dalam usaha melengkapkan, menilai dan menasihati bagaimana sebilangan projek ini harus berkembang dari segi kemampanan dan usaha memberi impak sebenar.”

Antara projek yang dibimbing beliau dimulakan pada 2014.

Projek tersebut menyediakan penjagaan perubatan dan psikososial kepada pesakit berusia 65 tahun ke atas, yang menghidap beberapa penyakit kronik dan baru sahaja dibenarkan keluar daripada hospital.

Dinamakan Tri-Generational Homecare, atau TriGen, projek tersebut mencerminkan tiga tahap berbeza dalam kehidupan – warga emas, dewasa muda di universiti (termasuk pelajar kejururawatan, farmasi, pergigian dan penjagaan kesihatan bersekutu) dan politeknik, serta pelajar sekolah menengah.

Pada masa ini, projek tersebut diketuai pelajar perubatan tahun ketiga, Encik Ryan Krishnan, yang menyertai projek itu sejak 2021 semasa beliau masih menuntut di politeknik.

Ketika ini, sekitar 180 pelajar terlibat dalam projek tersebut, dengan 30 daripada mereka merupakan pelajar fakulti perubatan NUS.

Pasukan Encik Krishnan merekrut sukarelawan pada Ogos dan mula melatih mereka pada bulan berikutnya dalam pemantauan kesihatan asas, seperti membaca tekanan darah dan paras glukosa dalam darah.

Para sukarelawan tersebut turut dilatih dalam kemahiran komunikasi dan cara menggalak warga emas mengamalkan gaya hidup sihat.

Pasukan tersebut mempunyai 25 warga emas yang mereka lawati sekali setiap dua minggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg