Urut tradisional Melayu dan ubat penahan sakit adalah antara pilihan lain bagi mereka yang ingin mengurangkan rasa sakit tetapi takut menjalani pembedahan dan risau tentang panjangnya waktu pemulihan.
“Mereka gunakan pelbagai koyok, jamu, ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan.
“Doktor mereka (dahulu) mungkin pernah menawarkan pembedahan tetapi mereka tidak mahu,” jelas Dr Kwong Seh Meng, daripada DR+ Medical & Paincare East Coast.
Menurut Dr Kwong, pesakit kemudian berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan kurang invasif. Ini kerana mereka takut dengan risiko pembedahan.
Kebanyakan pesakit Melayu tambah beliau, mempunyai masalah sakit bahu dan lutut.
“Sakit lutut adalah salah satu aduan paling biasa, selalunya disebabkan oleh masalah penuaan atau kemerosotan seperti osteoartritis atau kecederaan ekoran kegiatan fizikal, yang boleh menyebabkan ligamen koyak, atau meniskus,” ujarnya.
Selain itu, pesakit sering mengalami kesakitan, ketegangan, dan pembengkakan berterusan di lutut.
Keadaan ini menyebabkan kesukaran menaiki tangga, berjalan, atau berdiri dalam tempoh lama, sekali gus menjejas keselesaan dalam kehidupan harian.
Namun, pesakit tidak perlu terus menanggung rasa sakit ini.
Dr Kwong menjelaskan: “Di DR+ Medical & Paincare, sebuah klinik perubatan umum (GP), kami memberi tumpuan dalam rawatan penyakit kronik melalui prosedur kurang invasif menggunakan suntikan khusus, sebagai pilihan lain kepada terapi konservatif dan pembedahan terbuka.”
Menurutnya, suntikan yang mengandungi agen antiradang dan pengendur otot akan diberikan secara khusus di kawasan yang terjejas.
Dengan waktu pemulihan singkat, ramai pesakit mengalami kelegaan ketara dan berkekalan dari enam bulan hingga setahun.
Walaupun kesannya dikatakan mungkin kekal pada kebanyakan pesakit, sesetengahnya mungkin memerlukan rawatan berulang.
“Di bawah Program Pengurusan Penyakit Kronik (CDMP), pesakit boleh menggunakan MediSave mereka untuk rawatan yang disebabkan oleh komplikasi penyakit kronik.
“Klinik kami bekerjasama dengan pesakit ke arah melegakan rasa sakit bagi jangka panjang dan pencegahan penyakit kronik dan penyakit teruk,” terang Dr Kwong.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan, sila WhatsApp ke talian 8777-9500 atau lungsuri laman www.drplus.com.sg.
SEKILAS
Klinik DR+ Medical & Paincare
DR+, jenama klinik penjagaan utama di bawah Singapore Paincare Group, menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan menyeluruh dengan tumpuan dalam mengurus penayakit.
Doktor dilatih untuk menggabungkan rawatan kurang invasif dalam bentuk suntikan khusus dalam merawat pesakit. Teknik itu menawarkan pilihan lain yang berkesan berbanding prosedur invasif dan mengurangkan keperluan bergantung pada ubat penahan sakit.
Imbas kod QR ini bagi mengetahui kedudukan 10 klinik DR+ Medical & Paincare dan dapatkan rawatan bagi menangani rasa sakit dengan segera.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg