Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Puan Halimah dihargai atas sumbangan kepada keharmonian antara agama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Puan Halimah dihargai atas sumbangan kepada keharmonian antara agama

Dec 06, 2023 | 08:28 PM



Sumbangan mantan Presiden Puan Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee, terhadap keharmonian antara agama, termasuk komitmen terhadap keterangkuman dan persefahaman dalam kalangan masyarakat beragama Singapura, dihargai dalam satu majlis semalam.

Sekitar 100 tetamu terdiri daripada pemimpin dan wakil kanan 10 agama utama di Singapura, pemimpin masyarakat dan rakan Pertubuhan Antara Agama (IRO) menghadiri majlis penghargaan anjuran IRO pada 6 Disember di Galeri Harmoni dalam Kepelbagaian (HDG).

Berucap di majlis itu, Presiden IRO, Encik Noor Marican, berkata Puan Halimah secara konsisten menyokong keterangkuman dan pemahaman antara agama. Beliau secara aktif mendekati pemimpin daripada pelbagai latar belakang keagamaan, memupuk dialog dan menggalakkan sikap saling menghormati.

“Dengan mencipta platform untuk perbincangan terbuka dan menggalak toleransi beragama, beliau telah menetapkan contoh untuk interaksi bermakna, dengan perbezaan diakui dan dihormati,” kata Encik Noor.

Antara lain, Puan Halimah telah mencetus Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) yang menyumbang kepada dialog global tentang perpaduan sosial pada 2019.

Semasa ICCS pertama, inisiatif Komitmen untuk Melindungi Keharmonian Agama telah menyaksikan lebih daripada 750 pertubuhan agama di Singapura turut serta dan mengambil ikrar untuk bersama-sama mempromosikan perpaduan serta menentang perpecahan.

Dalam majlis itu, Encik Mohamed turut dipuji atas sokongannya terhadap Puan Halimah dan penglibatannya sendiri dengan pelbagai pemimpin agama, menggalakkan sikap saling menghormati dan bertolak ansur.

“Encik Mohamed telah menjadi sumber kekuatan Puan Halimah dan memainkan peranan penting menyokong Puan Halimah dalam perjalanannya. Beliau sentiasa di sisinya semasa menjalankan tugas rasminya.

“Beliau juga aktif beramal, serta telah menggunakan bakatnya dalam muzik untuk menyertai acara amal,” kata Encik Noor.

Dalam satu kiriman Facebook pada 6 Disember, Puan Halimah mengulas tentang reaksi masyarakat terhadap krisis yang berlaku di Palestin.

Beliau berkata: “Kini merupakan masa yang mencabar. (Sekitar) 16, 000 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Ramai berasa tidak berdaya melihat kengerian itu berlaku ketika bom menghujani orang awam yang tidak berdosa, tiga perempat daripada mereka kehilangan tempat tinggal, kekurangan makanan, air dan bekalan kritikal lain dan tiada tempat untuk pergi, menjadi lebih teruk menjelang musim sejuk yang akan datang.

“Namun di tengah-tengah kegelapan ini, saya berbesar hati kerana masyarakat Islam kita, walaupun sangat prihatin terhadap apa yang berlaku, tetap tenang, menyatakan pendirian mereka secara bertanggungjawab dan terus menghormati agama dan masyarakat lain. Itulah ujian sebenar keharmonian antara agama kita.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >