Puan Halimah Yacob mungkin telah bersara setelah meletakkan jawatan sebagai ketua negara pada 2023, tetapi masanya di Istana kekal sebagai detik bersejarah dalam perjalanan negara.
Mengimbas perjalanannya sebagai Presiden wanita pertama Singapura dan presiden Melayu pertama dalam hampir lima dekad, Puan Halimah, 71 tahun, berkata beliau berharap meninggalkan kesan isyarat positif kepada golongan wanita dan masyarakat Melayu.
“Ada yang memikirkan bahawa terdapat terlampau banyak pengadang dan mereka tidak boleh mengatasi pengadang tersebut.
“Jadi kita perlu jadi contoh, bukan sahaja dari segi Presiden Singapura, malah di semua segmen masyarakat, di bahagian korporat, masyarakat sivik dan sebagainya,” katanya.
Walaupun sudah bersara selepas menamatkan penggalnya sebagai Presiden pada 2023, Puan Halimah tidak berhenti berkhidmat.
Beliau kini Canselor Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) dan memperjuangkan pembelajaran sepanjang hayat.
Puan Halimah ditampilkan dalam siri khas podcast Berita Harian, NoTapis: Personaliti baru-baru ini.
Siri empat episod ini mengetengahkan tokoh Melayu tempatan yang telah meninggalkan kesan bukan saja bagi masyarakat Melayu bahkan Singapura secara keseluruhan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg