Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PUB tawar tender projek panel suria Kolam Air Pandan

Jun 19, 2024 | 6:07 PM
PUB merancang memastikan ruang mencukupi bagi kegiatan riadah di kolam air selepas selesainya kerja pemasangan sistem panel suria terapung.
PUB merancang memastikan ruang mencukupi bagi kegiatan riadah di kolam air selepas selesainya kerja pemasangan sistem panel suria terapung. - Foto fail

Lembaga air negara, PUB, telah melancarkan tender untuk pembangunan sistem panel fotovoltaik suria terapung (FPV) 55 megawatt-puncak (MWp) di Kolam Air Pandan.

Tender tersebut, yang akan ditutup pada 26 September ini, melibatkan kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan sistem FPV.

Ini adalah projek FPV berskala besar kedua PUB, selepas projek di Kolam Air Tengeh pada 2021, yang mempunyai kapasiti lebih tinggi sedikit sebanyak 60 MWp.

FPV terbaru itu dijadual siap dibina pada 2028, lapor The Business Times (BT).

Terdapat rancangan untuk memasang panel suria terapung di permukaan Kolam Air Pandan, yang akan meliputi 22 peratus ruangan kolam air tersebut.

Sistem tersebut bertujuan menjana tenaga suria yang cukup untuk membekalkan tenaga elektrik bagi sekitar 16,000 flat empat bilik HDB.

Ia juga akan membantu mengurangkan pelepasan karbon sekitar 27 kilotan setahun – sama seperti mengurangkan 5,800 kereta di jalan raya.

PUB mula secara aktif memasang sistem panel fotovoltaik suria di bumbung prasarana air Singapura dan permukaan kolam air di sini sejak 2015.

Ini termasuk projek perintis berskala kecil di Kolam Air Bedok dan Kolam Air Lower Seletar, serta sistem panel suria di bumbung Bedok Waterworks dan Loji Penambakan Air (WRP) Changi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg