Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Pucuk pimpinan politik baru antara sorotan 2024 yang dinanti-nantikan

ISU ANTARABANGSA BOLEH JEJAS NEGARA
Dec 17, 2023 | 5:30 AM
JADI TUMPUAN: Persoalan bilakah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan dinanti-nantikan pada 2024. Sehubungan dengan itu, tumpuan juga akan diberikan kepada kumpulan pemimpin generasi keempat (4G) yang akan diterajui Encik Wong.
JADI TUMPUAN: Persoalan bilakah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan dinanti-nantikan pada 2024. Sehubungan dengan itu, tumpuan juga akan diberikan kepada kumpulan pemimpin generasi keempat (4G) yang akan diterajui Encik Wong. - Foto ST

Tahun 2024 bakal menjelma, membawa pelbagai harapan dan aspirasi baru untuk semua. Namun, sedang Singapura melangkah ke tahun baru, negara ini akan menghadapi pelbagai cabaran, kedua-dua yang berlaku di peringkat domestik dan antarabangsa. Antaranya adalah perkembangan politik di dalam negara dan isu perubahan iklim yang terus menjerut dunia. Berikut para penganalisis berkongsi bersama BERITA MINGGU antara isu-isu dan juga berita yang dijangka menjadi sorotan pada 2024.

Isu politik akan menjadi tumpuan utama pada 2024, dengan jangkaan pengumuman rasmi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, kata para penganalisis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg