Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pupuk persefahaman antara belia berlainan kaum, agama menerusi bola sepak

Lebih 100 sertai pertandingan persahabatan Cabaran Futsal Harmoni Mayor@South East 2024
Jul 16, 2024 | 10:03 AM
Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, menggelecek bola dalam satu perlawanan persahabatan khas, Cabaran Futsal Harmoni Mayor@South East 2024.
Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, menggelecek bola dalam satu perlawanan persahabatan khas, Cabaran Futsal Harmoni Mayor@South East 2024. - Foto CDC SOUTH EAST

Lebih 100 pemain bola sepak muda menyertai pertandingan persahabatan, Cabaran Futsal Harmoni Mayor@South East 2024, yang diadakan pada 14 Julai.

Dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori – bawah 16 tahun dan bawah 21 tahun – dengan tiga pasukan utama daripada setiap kategori memenangi hadiah baucar wang antara $400 dengan $800 berserta trofi.

Turut menyertai pertandingan itu ialah Mayor CDC South East, Encik Fahmi Aliman.

Beliau berkata pertandingan tersebut, yang melibatkan belia daripada pelbagai latar belakang, boleh membantu memupuk semangat perpaduan dan sikap inklusif.

“Hadirin pada hari ini merangkumi atlet muda daripada pelbagai latar belakang.

“Sukan boleh menjadi jambatan yang menjalin hubungan berdasarkan sikap saling memahami dan menghormati, menghimpunkan belia daripada pelbagai lantar belakang untuk belajar dan menjadi dewasa bersama.

“Menyokong interaksi sebegini menyemai benih untuk membina masa depan inklusif di mana kita bersatu,” kata Encik Fahmi, yang beraksi dalam satu perlawanan persahabatan khas.

Pertandingan dianjurkan bersama OnePeople.sg.

Selain pertandingan bola sepak dan klinik bola sepak, peserta menyertai beberapa acara yang bertujuan memupuk persefahaman antara kaum dan silang agama, termasuk ‘Harmony Learning Journey’ dan Bengkel Harmony.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg