Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 2,000 sertai pertandingan sukan antara GRC

Penganjur Kejohanan Masyarakat PA akan libatkan lebih banyak sukan, tingkat penyertaan pada masa hadapan
Jul 7, 2024 | 4:18 PM
Penasihat akar umbi GRC Marine Parade terdiri daripada (dari kiri) Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong dan Dr Choo Pei Ling.
Penasihat akar umbi GRC Marine Parade terdiri daripada (dari kiri) Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong dan Dr Choo Pei Ling. - Foto ZAOBAO

Lebih 2,000 peserta dan 280 pasukan merentas 11 kelompok Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) telah menyertai Kejohanan Masyarakat Persatuan Rakyat (PA) 2024 sejak ia dilancarkan pada Mei, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.

Bercakap kepada media semasa menghadiri kejohanan itu bagi peringkat kluster Marine Parade pada 7 Julai di OCBC Arena, Encik Tong, yang juga Timbalan Pengerusi PA, berkata jumlah ini dijangka meningkat pada masa hadapan dalam usaha penganjur meningkatkan penyertaan pertandingan dan melibatkan lebih banyak sukan.

“Ia satu permulaan yang cukup baik. Sudah lama kita tidak mengadakan kejohanan ini sejak beberapa tahun lalu. Dulu kita pernah adakan kejohanan ini antara kawasan undi. Kini, kami berharap untuk mengembangkan lagi dalam beberapa tahun akan datang.

“Kami mempunyai kira-kira 2,800, hampir 3,000 peserta pada tahun pertama. Tetapi kami berharap untuk meningkatkan jumlah penyertaan pada masa akan datang dan menggalakkan lebih ramai untuk mengambil bahagian,” kata Encik Tong.

Kejohanan Masyarakat 2024 merupakan pertandingan sukan melibatkan masyarakat, anjuran Rangkaian Sukan Masyarakat PA (CSN), yang merupakan sebahagian daripada rangkaian akar umbi PA.

Diadakan dari 25 Mei hingga 28 Julai, pertandingan sukan antara kawasan undi dan antara GRC tahun ini merangkumi lima sukan popular, iaitu badminton, bola keranjang, bola sepak, bola pikel dan tenis meja.

Untuk menyertainya, penduduk harus membentuk pasukan sendiri untuk menyertai pertandingan sukan di GRC masing-masing, dan dua pasukan teratas dalam setiap GRC akan mara ke Pesta Sukan yang akan diadakan pada Ogos.

Di acara tersebut, Encik Tong turut disertai para penasihat akar umbi GRC Marine Parade yang terdiri daripada Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, serta Dr Choo Pei Ling untuk melancarkan enam buah trofi rasmi bagi pertandingan tersebut.

Ia merangkumi lima trofi bagi juara setiap daripada lima sukan, serta satu lagi trofi bagi pemenang Kejohanan Masyarakat secara keseluruhan merentas semua GRC dan semua sukan.

Enam trofi rasmi Kejohanan Masyarakat PA 2024 dilancarkan, yang merangkumi lima trofi bagi juara setiap daripada lima sukan, serta satu lagi trofi bagi pemenang Kejohanan Masyarakat secara keseluruhan merentas semua GRC dan semua sukan.
Enam trofi rasmi Kejohanan Masyarakat PA 2024 dilancarkan, yang merangkumi lima trofi bagi juara setiap daripada lima sukan, serta satu lagi trofi bagi pemenang Kejohanan Masyarakat secara keseluruhan merentas semua GRC dan semua sukan. - Foto ZAOBAO

Ketika ditanya tentang rancangannya pada masa depan untuk pertandingan tersebut, Encik Tong berkata beliau berharap untuk mengembangkannya dengan melibatkan lebih banyak sukan dan menarik lebih ramai rakyat Singapura untuk mengambil bahagian demi “menyuntik sedikit semangat dan pertingkatkan persaingan”.

“Kami mahu bincang selepas edisi ini dan mengetahui sukan mana yang popular, demografi dan sukan lain yang boleh dipertimbangkan. Dan kemudian kami akan memikirkan bagaimana untuk melibatkan lebih banyak sukan, dan mungkin lebih banyak pusat juga.

“Kami juga ingin menggalakkan lebih ramai orang daripada demografi yang berbeza untuk tampil dan bermain. Dan mungkin juga berkembang ke dalam kategori ‘Masters’ melibatkan lebih banyak sukan,” kata Encik Tong.

“Ia satu permulaan yang cukup baik. Sudah lama kita tidak mengadakan kejohanan ini sejak beberapa tahun lalu. Dulu kita pernah adakan kejohanan ini antara kawasan undi. Kini, kami berharap untuk mengembangkan lagi dalam beberapa tahun akan datang.”
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg