Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat khidmat baru ICA dibuka 7 Apr, yang lama ditutup 1 Apr

Mar 17, 2025 | 2:49 PM
Pusat baru perkhidmatan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Crawford Street bersebelahan bangunan ICA sedia ada.
Pusat baru perkhidmatan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Crawford Street bersebelahan bangunan ICA sedia ada. - Foto fail

Orang ramai yang memerlukan bantuan daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) harus melawat pusat perkhidmatan barunya di Lavender, mulai 7 April.

Pusat baru itu, terletak di 2 Crawford Street bersebelahan bangunan asalnya, akan dibuka dari Isnin hingga Jumaat, antara 8 pagi dengan 4.30 petang.

Bangunan ICA sekarang akan ditutup mulai 1 April, kata penguasa itu pada 17 Mac.

Menurut laporan The Straits Times, mereka yang mempunyai permintaan segera akan dinilai dan dilayan berdasarkan kes dan perlu menyediakan dokumen sokongan.

Permintaan sedemikian termasuk pasport untuk perjalanan segera, angkat sumpah bagi mereka yang berumur 22 tahun antara 1 April dengan 6 April dan penyempurnaan proses rasmi untuk pas imigresen yang tamat tempoh dalam tempoh yang sama.

ICA menggalakkan orang ramai supaya menyelesaikan transaksi mereka sebelum tempoh peralihan.

Dalam tempoh itu, orang ramai boleh terus menghantar permohonan mereka secara dalam talian melalui laman web ICA atau aplikasi mudah alih, MyICA.

Mereka yang ingin melawat pusat baru itu mulai 7 April digalakkan menggunakan pengangkutan awam, kata ICA.

Tempat letak kenderaan awam tidak akan tersedia sehingga 2027.

Namun terdapat tempat menurunkan penumpang di pintu masuk pusat tersebut.

Orang ramai boleh meletak kereta mereka di tempat letak kereta awam alternatif di North Bridge Road, Crawford Lane dan French Road.

ICA sebelum ini berkata pusat baru itu akan memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan mereka – melalui “satu pusat perkhidmatan tunggal”.

Pada masa ini, mereka perlu pergi ke tingkat berbeza di bangunan asal ICA untuk perkhidmatan yang berbeza.

ICA sebelum ini juga berkata mereka yang datang tanpa janji temu tidak akan dilayan di kaunter bangunan ICA sedia ada antara 1 dengan 4 April, kerana ICA akan melakukan beberapa ujian serta memperhalusi sistem dan prosesnya di pusat baru itu.

Dalam pada itu, pusat perkhidmatan baru ServiceSG telah dibuka secara rasmi di Woodlands, memberikan penduduk akses kepada lebih 600 perkhidmatan pemerintah yang berbeza.

Terletak di Pusat Sivik Woodlands, ia merupakan pusat ServiceSG kesembilan yang dibuka di Singapura sejak 2021.

Pusat ServiceSG menyediakan rakyat Singapura akses kepada perkhidmatan daripada 25 agensi pemerintah yang berbeza.

Ini termasuk menetapkan semula akaun Singpass hingga memfailkan cukai dan memperbaharui pasport yang telah atau akan tamat tempoh.

Bercakap semasa pembukaan rasmi pusat itu pada 15 Mac, Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, berkata pusat ServiceSG adalah sebahagian daripada komitmen perkhidmatan awam untuk memastikan rakyat Singapura mendapat akses kepada perkhidmatan di sebalik desakan pendigitalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg