Pusat makanan East Coast lebih selesa, lebih lapang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat makanan East Coast lebih selesa, lebih lapang

Feb 4, 2021 | 5:30 AM

Pusat makanan East Coast lebih selesa, lebih lapang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BUKA SEMULA: Pusat penjaja East Coast Lagoon Food Village telah dibuka semula sejak 2 Februari setelah tiga bulan ditutup untuk kerja pembaikan dan naik taraf. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
BUKA SEMULA: Pusat penjaja East Coast Lagoon Food Village telah dibuka semula sejak 2 Februari setelah tiga bulan ditutup untuk kerja pembaikan dan naik taraf. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

LEBIH selesa, lebih lapang.

Demikian antara pandangan pengunjung dan pegerai mengenai hasil kerja ubah suai yang dilaksanakan ke atas pusat makanan East Coast Lagoon Food Village.

Mereka yang dihubungi Berita Harian semalam mendapati bahawa kemudahan itu kini lebih selesa kerana suasana yang lebih lapang dan bersih itu.

Pusat penjaja itu dibuka semula kelmarin setelah tiga bulan menjalani pembaikan dan naik taraf,

Dengan kerja pembaikan dan dinaik taraf itu, kini terdapat lebih banyak kerusi dan meja makanan.

Lebih banyak kipas juga ditambah untuk keselesaan pelanggan dan pegerai.

Ramai mendapati pusat itu kelihatan lebih luas dan segar.

Encik Umar Ahmad, seorang pekerja pembakar sate di gerai Rahim Ayam Penyet, Satay Istimewa berkata beliau gembira dapat kembali bekerja semula.

"Saya telah menyaksikan kawasan ini berubah beberapa kali sepanjang pengalaman saya bekerja di sini iaitu selama lebih 20 tahun.

"Kali ini, kerja pembaikan dan naik taraf itu membuat saya rasa lebih selesa dan saya kagum akan pengubahsuaiannya itu," ujarnya.

Ketika wartawan Berita Harian mengunjungi pusat itu semalam, beliau kelihatan sedang sibuk membakar sate.

Beberapa pelanggan kelihatan berada di sana untuk minum petang dan makan sate.

Menurut pengurus gerai minuman Ahmad Spring Cafe, Encik Adam, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah menggantikan kesemua kerusi dan meja di kawasan itu dengan yang baru dan telah menambah bilangan kipas kecil di tembok antara dua gerai.

"Saya rasa ini untuk keselesaan pelanggan, jadi ketika beratur tidak rasa panas.

"Selain itu, saya suka akan perbezaan yang dilancarkan ini. Ia lebih baik. Sekarang lebih moden juga dengan skrin digital yang terletak di kawasan ini, digunakan sebagai poster.

"Saya gembira dapat bekerja semula serta dapat mencari rezeki dan saya tidak sabar melayan lebih pelanggan di tempat yang lebih canggih dan selesa ini," kata Encik Adam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg