Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat PCF Sparkletots di Choa Chu Kang ditutup selepas dua murid positif Covid-19

Jul 16, 2021 | 5:30 AM
DIJANGKITI: Kededua kanak-kanak kali terakhir di pusat PCF itu Isnin lalu dan didapati tidak menunjukkan sebarang simptom yang menunjukkan mereka sakit sewaktu pemeriksaan suhu badan. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
DIJANGKITI: Kededua kanak-kanak kali terakhir di pusat PCF itu Isnin lalu dan didapati tidak menunjukkan sebarang simptom yang menunjukkan mereka sakit sewaktu pemeriksaan suhu badan. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

PUSAT PCF Sparkletots di Choa Chu Kang telah ditutup selepas dua kanak-kanak daripada isi rumah yang sama diuji positif bagi Covid-19.

Kesemua kanak-kanak dan kakitangan daripada kelas pratadika hingga Tadika 2 yang berada di sekolah dengan kanak-kanak yang terjejas itu telah diletakkan di bawah cuti ketidakhadiran dari Rabu hingga 26 Julai, kata ketua pengetua eksekutif, Cik Janica Ng dalam satu surat kepada ibu bapa.

Pusat di PCF Sparkletots @ Brickland dekat Blok 801 Keat Hong Close ditutup mulai kelmarin hingga Khamis bagi pembersihan rapi dan menyahjangkit tempat dan peralatan.

Penjejakan kontak juga sedang dijalankan, katanya.

Kementerian Kesihatan (MOH) memberitahu pusat itu petang kelmarin bahawa seorang kanak-kanak dari Tadika 1 telah diuji positif.

Kanak-kanak kedua dari Pra-Tadika kemudian disahkan menghidapi virus itu pagi semalam.

Kali terakhir kedua-dua kanak-kanak itu di pusat tersebut ialah hari Isnin dan tidak didapati mengalami apa-apa semasa pemeriksaan suhu tanpa sebarang simptom yang menunjukkan mereka sakit.

Pusat itu tidak dapat menawarkan sebarang butiran mengenai dua kanak-kanak itu ekoran kerahsiaan pesakit dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan semua kakitangan dan kanak-kanak.

MOH mungkin akan menghubungi ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak yang didaftar di pusat itu, tambah Cik Ng.

Khidmat jagaan bayi akan disambung semula hari ini, manakala kelas lain dijangka disambung semula pada 27 Julai.

"Kami mengharapkan pemahaman dan kerjasama anda untuk membuat jagaan kanak-kanak alternatif semasa tempoh ini," kata Cik Ng.

Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau kesihatan anak-anak mereka dan mendapatkan bantuan perubatan jika mereka sakit, katanya.

"Kami meminta persefahaman dan kerjasama anda untuk membuat aturan penjagaan kanak-kanak lain sewaktu tempoh ini. Ibu bapa juga dinasihatkan untuk memantau kesihatan anak-anak mereka dan segera dapatkan rawatan sekiranya mereka atau anak-anak tidak sihat." - Ketua Pengetua Eksekutif, Janica Ng dalam satu surat kepada ibu bapa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg