Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat pemeriksaan Johor siap sedia terima pengunjung sempena Hari Raya

Apr 5, 2024 | 8:08 PM
Lebih 1,000 anggota imigresen akan bertugas di kedua-dua pusat pemeriksaan di Johor Bahru dan di Gelang Patah semasa musim Hari Raya ini.
Lebih 1,000 anggota imigresen akan bertugas di kedua-dua pusat pemeriksaan di Johor Bahru dan di Gelang Patah semasa musim Hari Raya ini. - Foto ST

Dua pusat pemeriksaan darat di Johor akan beroperasi sepenuhnya mulai 6 April bagi memastikan pelepasan imigresen yang lancar, dengan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri pada 10 April.

“Semua lorong kenderaan dan kaunter manual akan diaktifkan di pihak kami. Lorong laluan kontra (bertentangan) juga akan diaktifkan sesuai dengan kesesakan trafik (aliran masuk atau keluar),” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Jabatan Imigresen tersebut bertindak lebih awal bagi menangani kesesakan trafik yang dijangka di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di pusat pemeriksaan Link Kedua, Gelang Patah, lapor The Straits Times (ST)

“SOP (prosedur operasi standard) adalah sama dengan 2023. Cuma kali ini, kami telah menyelesaikan isu teknikal sebanyak mungkin, seperti sistem MBike dan gantri, untuk pelepasan pemeriksaan imigresen yang lebih lancar,” katanya kepada The Star, merujuk kepada sistem pelepasan imigresen automatik bagi penunggang motosikal.

Beliau berkata lebih 1,000 anggota imigresen akan bertugas di kededua pusat pemeriksaan itu, dengan cuti kakitangan dibekukan semasa musim perayaan.

Dalam satu kenyataan pada 4 April, Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir, berkata jabatan itu menjangka jumlah pengunjung yang bertambah di kededua pusat pemeriksaan itu semasa musim Hari Raya ini, berbanding musim perayaan 2023.

Pada 2023, seramai 357,265 pengunjung memasuki Johor melalui BSI dan KSAB sepanjang tiga hari, mulai sehari sebelum Aidilfitri hingga Hari Raya kedua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg