Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Pemulihan Barah kedua dibuka bagi tangani peningkatan pesakit

Tangani keperluan pesakit barah, pesakit sudah pulih dan penjaga
Sep 12, 2024 | 5:04 PM
Pesakit barah buah dada, Cik Rozita Abidinsah (kiri), menunjukkan contoh latihan pemulihan di majlis pembukaan Pusat Pemulihan Persatuan Barah Singapura (SCS) di Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS) pada 12 September. Antara yang hadir ialah Pengerusi SCS, Encik Lee Meng Tat (empat dari kanan).
Pesakit barah buah dada, Cik Rozita Abidinsah (kiri), menunjukkan contoh latihan pemulihan di majlis pembukaan Pusat Pemulihan Persatuan Barah Singapura (SCS) di Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS) pada 12 September. Antara yang hadir ialah Pengerusi SCS, Encik Lee Meng Tat (empat dari kanan). - Foto SCS

Pusat Pemulihan Persatuan Barah Singapura (SCS) membuka pusat terbaru di Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS) pada 12 September 2024.

Ia merupakan kemudahan pemulihan barah masyarakat kedua di Singapura yang dikhususkan bagi menangani keperluan pesakit barah, pesakit yang sudah pulih, serta penjaga mereka.

Antara yang hadir semasa majlis pembukaan itu ialah Pengerusi SCS, Encik Lee Meng Tat.

“Kadar kejadian barah bagi mereka yang berusia di bawah 50 tahun meningkat 10.4 peratus dari 2008 hingga 2012 dan antara 2017 dengan 2021.

“Memandangkan kes pesakit barah yang meningkat, adalah penting bagi SCS untuk meningkatkan usaha dalam bidang-bidang penjagaan dan pencegahan barah serta pemulihan yang disesuaikan semasa dan selepas rawatan,” tambahnya.

Matlamat utama SCS, yang menyediakan perkhidmatan untuk kes tidak teruk, adalah untuk memastikan kadar lebih tinggi bagi pesakit barah yang berjaya sembuh.

Semua sesi pemulihan akan disesuaikan dengan keupayaan dan matlamat kesihatan bagi setiap pesakit.

Sesi ini boleh dijalankan secara bersemuka atau dengan pesakit lain supaya mereka dapat memberi motivasi antara satu sama lain.

Jenis terapi dan senaman yang ditetapkan bergantung kepada pelan penjagaan pemulihan setiap pesakit.

Sebagai contoh, pesakit yang dirujuk untuk rawatan sebelum pembedahan akan disyorkan untuk meningkatkan kekuatan otot dan keupayaan aerobik, manakala pesakit yang dirujuk dengan kemoterapi boleh disyorkan senaman bagi peningkatan keseimbangan atau gaya hidup pesakit tersebut.

Menurut satu kenyataan SCS, proses pemulihan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan barah dan kesan sampingan daripada rawatan barah.

Pesakit yang sedang melakukan persiapan untuk memulakan rawatan, menjalani rawatan dan mereka yang baru selesai rawatan barah, sering mengalami gejala atau kesan sampingan yang berkaitan dengan rawatan seperti sakit sendi, keletihan atau kemurungan.

Cik Rozita Abidinsah, 55 tahun, pesakit barah buah dada yang menetap di Taman Jurong, juga menghadapi cabaran yang sama.

Menurutnya, beliau kerap rasa kebas selepas setiap sesi konsultasi yang mengeluarkan nod limfa di bahagian ketiaknya.

“Saya sering rasa letih selepas sesi konsultasi saya bersama doktor pakar.

“Dengan pusat terbaru ini yang terletak di Hospital Universiti Nasional (NUH), saya tidak perlu lagi berjalan jauh ke ibu pejabat SCS yang terletak di Outram lagi,” kata Cik Rozita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg