Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat penjaja Lau Pa Sat berwajah baru

Nov 27, 2020 | 5:30 AM
- Foto ZAOBAO
- Foto ZAOBAO -

DALAM menyuntik nafas baru kepada pusat penjaja Lau Pa Sat, FairPrice Group telah memperkenalkan ruang yang memberi tumpuan terhadap produk makanan runcit dan gerai makanan dan minuman (F&B) yang dihasilkan di Singapura.

Dikenali sebagai Food Folks @ Lau Pa Sat, ruang seluas 7,000 kaki persegi itu menempatkan lebih 10 gerai F&B tempatan serta gerai runcit yang menjual lebih 800 makanan terpilih.

Daripada 120 jenama yang ditawarkan, 70 peratus merupakan makanan yang dihasilkan di sini, manakala 40 peratus merupakan produk yang tidak boleh didapati di pasar raya utama dan khusus untuk kedai runcit yang terdapat di Food Folks.

Ketika melancarkan ruang itu semalam, Ketua Eksekutif Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng, berkata usaha ini dilakukan bagi menyokong perusahaan tempatan di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg