Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat tawar jagaan komuniti bersepadu bagi warga emas dirasmi

Oct 11, 2024 | 6:27 PM
Pusat Penuaan Aktif Reach-SLEC (Care) di Teck Whye Vista adalah hasil kerjasama antara unit maklum balas pemerintah, Reach, dengan khidmat jagaan warga emas St Luke’s ElderCare (SLEC)  – yang pertama seumpamanya dalam sektor penjagaan warga emas.
Pusat Penuaan Aktif Reach-SLEC (Care) di Teck Whye Vista adalah hasil kerjasama antara unit maklum balas pemerintah, Reach, dengan khidmat jagaan warga emas St Luke’s ElderCare (SLEC)  – yang pertama seumpamanya dalam sektor penjagaan warga emas. - Foto ST

Sebuah pusat yang menawarkan tiga perkhidmatan di bawah satu bumbung – penjagaan harian, pemulihan siang hari dan kegiatan penuaan aktif – telah dilancarkan.

Pusat Penuaan Aktif Reach-SLEC (Care) di Teck Whye Vista itu, yang merupakan kerjasama antara unit maklum balas pemerintah, Reach, dan khidmat jagaan warga emas St Luke’s ElderCare (SLEC), adalah yang pertama seumpamanya dalam sektor penjagaan warga tua.

Ia dibuka secara rasmi pada 11 Oktober oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang.

Berucap semasa pelancaran itu, Encik Gan berkata Singapura antara negara paling pesat menua di dunia. Menjelang 2030, sekitar satu daripada empat rakyat Singapura akan berusia 65 tahun atau lebih dan sekitar 83,000 warga emas akan tinggal sendirian.

“Kami mahu menyediakan kemudahan seperti pusat penuaan aktif ini supaya kami boleh terus menyokong anda, tetapi dalam mengendalikan perkhidmatan ini, pemerintah tidak boleh melakukannya sendirian.

“Kami perlu melihat cara kami boleh bekerjasama dengan pertubuhan masyarakat kita. Kami berharap mereka dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain, supaya kami dapat berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik,” kata beliau.

Sejak penubuhan pusat itu pada Februari 2024, Reach dan SLEC telah berkhidmat kepada sekitar 450 warga emas, dengan kapasiti penuhnya lebih 1,200 warga emas.

Kededua pertubuhan itu juga bekerjasama dengan sebuah pusat penjagaan warga emas di Senja Valley, yang dibuka secara rasmi pada Julai 2024, lapor The Straits Times.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SLEC, Dr Kenny Tan, berkata model penjagaan komuniti bersepadu itu merupakan peralihan ketara daripada model lain yang ada pada masa ini.

“Daripada tumpuan terhadap perkhidmatan sahaja, model ini lebih mengutamakan warga emas. Ia membolehkan mereka mendapat penjagaan dengan cara yang lebih terselaras, lancar dan tepat pada masa.

“Ini penting terutamanya disebabkan warga emas sering memerlukan pelbagai perkhidmatan apabila mereka lemah dan kurang bergerak dengan usia,” katanya.

Dr Tan menambah: “Kita boleh memanfaatkan kekuatan satu sama lain, mengoptimumkan sumber pembiayaan, ruang dan sukarelawan kita yang berbeza, dan mencapai kesan yang lebih besar.”

Pada masa ini, Reach mempunyai kepakaran dalam penuaan aktif, manakala SLEC mempunyai pengalaman 25 tahun dalam menawarkan khidmat penjagaan, termasuk jagaan harian demensia, jagaan harian penyenggaraan dan khidmat pemulihan bagi warga emas.

Selain itu, SLEC akan bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi dalam menyampaikan penjagaan masyarakat.

Ia bakal mengendalikan Pusat Penuaan Aktif (Care) di Bukit Batok East bersama Khidmat Masyarakat Fei Yue yang dijadualkan dibuka pada 2025.

Dengan kerjasama New Life Community Services juga, ia akan menjalankan satu kemudahan bersepadu yang menempatkan kedua-duanya, Pusat Penuaan Aktif (Care) dan sebuah rumah rawatan di Bukit Panjang, menjelang 2026.

Laporan berkaitan
PENUAAN suatu NIKMAT Mar 28, 2023 | 9:46 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg