Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas kekal aktif demi jaga kesihatan

Warga emas ambil bahagian dalam acara bersenam anjuran Pusat Kesihatan dan Penjagaan Muhammadiyah (MHCC)
Oct 11, 2024 | 2:18 PM
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (berbaju kelabu) memulakan acara ‘Walk and Wheelathon’ anjuran Pusat Kesihatan dan Penjagaan Muhammadiyah bagi Warga Tua (MHCC) di Our Tampines Hub pada 5 Oktober 2024.
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (berbaju kelabu) memulakan acara ‘Walk and Wheelathon’ anjuran Pusat Kesihatan dan Penjagaan Muhammadiyah bagi Warga Tua (MHCC) di Our Tampines Hub pada 5 Oktober 2024. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Kesihatan adalah paling penting bagi warga emas seperti Cik Hasanah Salleh, 84 tahun.

Sebagai warga emas yang tinggal bersama adiknya yang berusia 75 tahun, Cik Hasanah berkata beliau harus menjaga kesihatannya supaya dapat terus hidup berdikari.

Beliau adalah antara 400 peserta yang mengambil bahagian dalam acara bersenam ‘MHCC Walk and Wheelathon 2024’ yang dianjurkan Pusat Kesihatan dan Penjagaan Muhammadiyah (MHCC) bagi warga emas pada 5 Oktober.

Dalam acara ini, peserta melakukan kegiatan berjalan kaki atau dengan gunakan kerusi roda mengelilingi trek di Our Tampines Hub (OTH).

Para peserta terdiri daripada warga emas, pengasuh dan sukarelawan dari pusat MHCC di Eunos dan Yishun serta rakan kongsi termasuk Tembusu Care dan Sree Narayana Mission

Acara itu turut disertai Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Acara yang bertemakan semua mempunyai peranan dalam penuaan aktif atauEveryone’s Got A Roll In Active Ageing’ itu bertujuan untuk menggalak penuaan aktif dan seisi keluarga serta masyarakat untuk kekal aktif.

Mengulas tentang acara itu, Cik Hasanah melahirkan perasaan gembira dapat melihat warga emas lain turut menyertai acara tersebut.

Cik Hasanah Salleh (dua dari kanan) terdorong untuk menjaga kesihatan diri agar dapat kawal penyakit kronik yang dihidapinya iaitu darah tinggi, kencing manis, tiroid dan kolesterol.
Cik Hasanah Salleh (dua dari kanan) terdorong untuk menjaga kesihatan diri agar dapat kawal penyakit kronik yang dihidapinya iaitu darah tinggi, kencing manis, tiroid dan kolesterol. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

“Saya rasa gembira dapat menyertai acara seperti ini kerana bukan sahaja dapat bersenam tetapi juga diberi peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan saya,” katanya pesara yang pernah bertugas sebagai tukang jahit ketika ditemui oleh Berita Harian (BH).

Menghadapi pelbagai isu kesihatan kronik seperti darah tinggi, kencing manis, tiroid dan kolesterol, Cik Hasanah menjelaskan beliau kini lebih terdorong menjaga kesihatan diri.

“Bila saya dah berumur ni, macam-macam penyakit yang saya ada.

“Apa yang saya boleh lakukan adalah bersenam, supaya saya dapat mengawal penyakit yang saya ada sekarang,” tambahnya.

Menurutnya, beliau kini berusaha bersenam di pusat penuaan aktif lima kali seminggu.

Encik Muhammad Siddiq Abdul Rahim, pengurus penjagaan klinikal dan pemulihan di MHCC berkata lebih banyak yang harus dilakukan bagi menggalak warga emas menjalani gaya hidup aktif.

“Acara ini diadakan untuk menggalak gaya hidup aktif dan sihat, terutama sekali dalam kalangan warga emas.

“Ini juga seiring dengan kempen SG Lebih Sihat pemerintah untuk mengurangkan kadar pesakit di hospital di sini,” katanya.

Meskipun acara seperti itu kali terakhir diadakan pada 2016, Encik Siddiq berkata MHCC berharap ia dapat diteruskan setiap tahun.

Acara itu juga merupakan sebahagian daripada usaha MHCC mengumpul dana sebanyak $300,000 menjelang Mac 2025 untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan warga emas dan program penjagaan masyarakat.

“Dana yang dikumpulkan ini adalah untuk subsidi tambahan bagi program fisioterapi kami dan juga penjagaan demensia.

“Selain itu, dana ini juga dapat terus menyumbang kepada program penuaan aktif kami,” kata Encik Siddiq.

Menurut pemeriksaan BH, setakat ini MHCC telah mengumpul sebanyak $50,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg