Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat ujian pantas dibuka: Pesakit masih banjiri GP

Feb 17, 2022 | 5:30 AM
KLINIK GP TERTEKAN: Barisan pesakit yang menunggu giliran mereka untuk berjumpa doktor dilihat di luar klinik doktor perubatan umum (GP), Apex Clinic & Surgery, di Woodlands semalam. - Foto BH oleh KHALID BABA
KLINIK GP TERTEKAN: Barisan pesakit yang menunggu giliran mereka untuk berjumpa doktor dilihat di luar klinik doktor perubatan umum (GP), Apex Clinic & Surgery, di Woodlands semalam. - Foto BH oleh KHALID BABA -

KLINIK doktor perubatan umum (GP) terus menyaksikan bilangan pesakit yang tinggi, termasuk mereka yang dijangkiti positif bagi Covid-19, semalam - pada hari pertama pusat ujian pantas dibuka kepada pesakit Covid-19 yang mempunyai simptom ringan untuk menjalani ujian pantas antigen (ART) yang diselia.

Sejak semalam, orang ramai boleh menjalani ujian ART yang diselia di 48 Pusat Ujian Digabungkan (CTC) atau Pusat Ujian Pantas (QTC) serata Singapura.

Langkah itu bertujuan membantu mengurangkan tekanan di klinik GP dan poliklinik yang kini dibanjiri pesakit Covid-19 akibat gelombang Omicron, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan kelmarin.

Beberapa doktor GP, yang dihubungi Berita Harian semalam, turut mengongsi harapan agar pusat ujian pantas dapat meringankan beban di klinik mereka, dengan orang ramai lebih sedar mengenai kemudahan ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg