Lebih daripada sekadar bangunan untuk mengagumi seni bina Islam, Masjid Abdul Gafoor, seharusnya menjadi tempat bagi pengunjung, tidak kira agama, memperbaharui dan memperdalam pemahaman terhadap Islam, kata kakitangan Dakwah dan Pembangunan Belia masjid itu, Ustaz Faheem Ahamad Syed Muhammad.

Itu menjadi pencetus idea untuk membangunkan Pusat Warisan Masjid Abdul Gafoor yang bertujuan menyerlahkan komponen dan nilai Islam, selain sejarah masjid itu yang dibina pada 1859, kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa, tambah beliau.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti