Premium
PwC, SBF saran kurangkan tekanan kos bagi peniaga
Antara usul lain termasuk bantuan bagi tingkat daya saing global, perkukuh transformasi tenaga kerja
Jan 16, 2025 | 3:56 PM
(Dari kiri) Ketua Pegawai Dasar Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Musa Fazal; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SBF, Encik Kok Ping Soon; Pemimpin Cukai PricewaterhouseCoopers (PwC) Singapore, Encik Lennon Lee; dan Pengerusi Eksekutif PwC Singapore Encik Marcus Lam mengemukakan 17 cadangan semasa satu sidang media pada 16 Januari. - Foto PWC
Untuk memberi kelegaan segera kepada perniagaan, dengan prospek ekonomi yang tidak menentu pada 2025, Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan syarikat perakaunan PricewaterhouseCoopers (PwC) Singapore menyarankan agar pemerintah menyediakan rebat cukai hartanah sekali sahaja sehingga 50 peratus untuk hartanah bukan kediaman yang layak.
Dolar keseluruhan had rebat boleh ditetapkan supaya syarikat kecil dan sederhana (SME) mendapat lebih banyak manfaat secara berkadar, menurut SBF dan PwC dalam cadangan bersama yang dikemukakan pada 16 Januari menjelang Belanjawan 2025 pada 18 Januari.
Laporan berkaitan
Kajian: Sentimen niaga S’pura bagi 2025 lebih baikJan 2, 2025 | 7:07 PM
SME dan majikan: Pandang ke hadapan ke norma baruJul 30, 2024 | 12:11 PM

