Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rahayu: Subsidi pemerintah permudah warga buat perancangan kesihatan bersama doktor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahayu: Subsidi pemerintah permudah warga buat perancangan kesihatan bersama doktor

Apr 03, 2024 | 06:30 PM



Pemerintah telah memudahkan perancangan kesihatan buat peserta SG Lebih Sihat dengan memberi subsidi sepenuhnya bagi konsultasi perundingan pelan kesihatan pertama mereka bersama doktor keluarga pilihan mereka, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.

Menjawab soalan Cik See Jinli Jean (Anggota Parlimen Dilantik) di Parlimen pada 3 April, beliau berkata lebih separuh pendaftaran SG Lebih Sihat telah berjumpa doktor pilihan mereka untuk menyediakan pelan kesihatan peribadi.

“Semasa pertemuan ini, penduduk membincangkan tindakan susulan untuk meningkatkan kesihatan mereka bersama doktor keluarga mereka, seperti pemeriksaan kesihatan dan senaman serta mengubah pemakanan mereka.

“Selain itu, ada jenis perancangan dan sokongan lain yang tersedia daripada rakan kongsi masyarakat dan kelompok penjagaan kesihatan,” kata Cik Rahayu.

Cik See bertanya adakah rancangan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menyediakan akses kepada rakyat dewasa Singapura kepada program perancangan kesihatan mampu milik.

Beliau juga bertanya apakah MOH akan menyokong pertumbuhan dan pembangunan jurulatih kesihatan dan kesejahteraan profesional untuk memenuhi keperluan perancangan kesihatan tersebut.

Dalam jawapannya, Cik Rahayu memberi contoh Makmal Active Health Sport Singapore (SportSG) yang menawarkan peluang kepada penduduk menjalani penilaian kecergasan dan kesihatan terbimbing, serta cadangan tentang cara mencapai matlamat kecergasan dan kesihatan.

“Penyedia penjagaan kesihatan boleh menetapkan program yang disasarkan Active Health kepada penduduk berisiko dari segi perubatan untuk keadaan berkaitan gaya hidup seperti kencing manis Jenis 2, obesiti atau hipertensi.

“Beberapa Pos Kesihatan Masyarakat yang disediakan oleh kelompok penjagaan kesihatan di lokasi yang boleh diakses, seperti Pusat Penuaan Aktif, juga memberi sokongan kepada individu membuat perubahan diet dan gaya hidup.

“Sumber seperti artikel bermaklumat, program yang disyorkan, juga tersedia di HealthHub dan Healthy 365, untuk menyokong penduduk dalam menerima gaya hidup yang lebih sihat,” kata Cik Rahayu.

Beliau menambah bahawa perancangan dan sokongan kesihatan merangkumi skop luas kegiatan yang melibatkan kumpulan berbeza, termasuk agensi pemerintah seperti MOH, Persatuan Rakyat (PA) dan SportSG serta persatuan profesional.

Beliau berkata semua agensi dan pertubuhan di seluruh ekosistem penjagaan kesihatan dan sukan mempunyai peranan meningkatkan kemahiran kakitangan, sukarelawan dan rakan kongsi, termasuk jurulatih kesihatan dan kesejahteraan, untuk menyokong penyampaian kesihatan yang lebih baik.

Dalam soalan berasingan kepada MOH, Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) bertanya mengenai kadar penggunaan perkhidmatan teleperubatan di Singapura dan sama ada perkhidmatan itu telah menyumbang kepada pengurangan kes bukan kecemasan di jabatan kecemasan.

Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, menjawab bahawa MOH tidak menjejak kadar penggunaan perkhidmatan teleperubatan.

“Tiada juga data muktamad sama ada teleperubatan telah mengurangkan kehadiran bukan kecemasan di jabatan kecemasan, terutama memandangkan bilangan penduduk yang semakin tua dengan peningkatan permintaan untuk penjagaan kesihatan,” kata Dr Puthucheary.

Menurutnya, banyak penyedia perkhidmatan perubatan pesakit luar diluluskan untuk menyediakan perkhidmatan teleperubatan di bawah Akta Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (HCSA), dengan 19 daripadanya adalah penyedia teleperubatan kendiri tanpa premis fizikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >