Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rai detik istimewa pelanggan dengan nasi beriani

Aug 9, 2024 | 5:30 AM
Kini, penggemar nasi beriani boleh mendapatkan Weekend Lamb Bucket atau Weekend Mutton Bucket yang bersaiz kecil (S) dan saiz besar (L) menerusi dalam talian sahaja.
Kini, penggemar nasi beriani boleh mendapatkan Weekend Lamb Bucket atau Weekend Mutton Bucket yang bersaiz kecil (S) dan saiz besar (L) menerusi dalam talian sahaja. - Foto HAR YASIN WEDDING BIRYANI

Ingin meraikan perkahwinan atau mencari ruang sempurna bagi sesebuah acara? Jadikan detik istimewa anda lebih bermakna dengan khidmat katering daripada Har Yasin Wedding Biryani dengan hidangan nasi beriani yang asli.

Lebih 40 tahun dalam bidang penyediaan makanan, Har Yasin Wedding Biryani menjanjikan perkhidmatan terbaik untuk pelbagai majlis termasuk perkahwinan, sambutan keagamaan, acara sosial, dan majlis korporat atau peribadi.

Menurut Pengarah Har Yasin Restaurant Pte Ltd, Encik Mohamed Haneefa Iqbal, syarikat katering tersebut sentiasa mengutamakan rasa yang enak dengan pelbagai pilihan menu rencam, sesuai dengan cita rasa tempatan.

“Kami memahami pilihan anda berdasarkan kepentingan budaya perkahwinan masing-masing. Oleh itu, kami cuba memenuhi setiap permintaan dengan sewajarnya, dan menyajikan hidangan yang enak, cantik dan menarik.

“Juadah istimewa sudah semestinya beriani dam sebagai sajian asli kegemaran ramai. Pada masa yang sama, kami menjamin penggunaan bahan-bahan segar dan yang disahkan halal.

“Tidak perlu diragukan, kami juga berupaya mencipta pengalaman masakan yang asli dan lazat, khas kepada pelanggan yang memilih perkhidmatan di sini.

“Kami mengamalkan pengurusan makanan yang cekap, fleksibel dan efektif, sesuai dengan permintaan pelanggan. Jurumasak kami pula adalah pakar dalam masakan tradisional India dan Melayu Muslim. Kami berpengalaman dan bersedia menjadikan hari-hari anda lebih istimewa,” kata Encik Mohamed Haneefa.

Selain itu, Har Yasin Wedding Biryani juga menyediakan khidmat tempah makanan secara dalam talian pada harga yang berbaloi.

Istimewa sempena Hari Kebangsaan Singapura, Har Yasin Wedding Biryani menawarkan kombo menu ‘Feast For 4’, termasuk Nasi Arab Mandi Ayam, sos Mandi, salad dan mayonis, dengan harga $49.90 sahaja.

Anda juga boleh mendapatkan Weekend Lamb Bucket atau Weekend Mutton Bucket yang bersaiz kecil (S) dan saiz besar (L) menerusi https://www.hyweddingbiryani.sg.

Har Yasin Wedding Biryani menyediakan pelbagai menu berbeza dari Isnin hingga Jumaat seperti Set Hidangan Nasi dan Telur Masala, Set Hidangan Kari Ikan, Nasi Ghee (talam), Set Hidangan Ayam India Selatan, dan Set Hidangan Briyani Daging, Kambing atau Briyani Ayam.

Kunjungi Har Yasin Restaurant Pte Ltd yang terletak di Blok 1009, Aljunied Avenue 4, #01-22 Singapura 389910.

Untuk tempahan, sila hubungi talian 9815-5812 atau WhatsApp ke talian 9815-5812.

E-mel kepada sales@hyweddingbiryani.sg atau haryasin@hypalace.sg untuk maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg