Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rai Tahun Baru dengan pertunjukan bunga api, dron di kawasan kejiranan

Dec 5, 2025 | 5:08 PM
new year, one countdown, 2026
Sebagai sebahagian daripada acara ‘ONE Countdown 2026’, sambutan menghitung detik Tahun Baru itu akan diadakan di Boon Lay, Keat Hong, Marsiling, Nee Soon, Punggol, Tampines dan Woodlands. - Foto fail

Warga Singapura boleh meraikan Tahun Baru 2026 pada 31 Disember di tujuh lokasi di kawasan kejiranan, yang menampilkan pelbagai kegiatan termasuk karnival kanak-kanak, pertunjukan fesyen kitar semula serta persembahan muzik dan tarian.

Sebagai sebahagian daripada acara ONE Countdown 2026, sambutan menghitung detik Tahun Baru itu akan diadakan di Boon Lay, Keat Hong, Marsiling, Nee Soon, Punggol, Tampines dan Woodlands, menurut kenyataan Persatuan Rakyat (PA) pada 5 Disember. 

Pertunjukan bunga api akan memeriahkan Tahun Baru di semua lokasi sambutan tersebut, kecuali Woodlands.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di kelab masyarakat (CC), jawatankuasa penduduk (RC), jawatankuasa kejiranan dan rangkaian penduduk (RN) berhampiran, tambah PA.

Beberapa acara mungkin memerlukan tiket untuk masuk, lapor The Straits Times (ST).

Berikut antara sorotan acara:

Woodlands (Taman Waterfront Woodlands)

Acara sambutan Tahun Baru di kawasan persisiran Woodlands akan menampilkan pengalaman parti bebas alkohol, yang menurut PA merupakan sebahagian daripada “gerakan kesejahteraan global yang kini semakin popular”.

Ia turut menampilkan persembahan DJ, pertunjukan dron, minuman moktel dan kopi serta hidangan makanan tempatan di sepanjang Waterfront Woodlands yang indah.

Tampines (Our Tampines Hub)

Acara menyambut Tahun Baru di Our Tampines Hub (OTH) akan menampilkan Karnival Kanak-Kanak Pororo dengan kegiatan seperti membuat penanda buku dan bermain permainan boleh kembung atau inflatable bertema Pororo.

Keluarga yang mempunyai anak lebih besar juga boleh menantikan sesi percubaan e-sukan dan permainan lain.

Punggol (One Punggol – Celebration Square dan The Plaza/Padang terbuka di depan One Punggol)

Di acara One Punggol Year-End Countdown 2026, penduduk boleh menikmati persembahan seperti ensembel harmonika, demonstrasi karate, pertunjukan bunga api dan dron, serta sarkas api yang mendebarkan, sebelum menghitung detik menyambut Tahun Baru.

Nee Soon (Lapangan terbuka bersebelahan Futsal Arena @ Yishun)

Di acara Nee Soon Countdown 2026 – Dare to Dream, penduduk boleh menulis mesej penuh harapan melalui kegiatan Postcard to My Future Self

Poskad itu akan dihantar kembali ke peti surat para peserta pada 2026 sebagai peringatan tentang aspirasi mereka.

Keat Hong (Dataran Keat Hong; gelanggang keras bersebelahan Keat Hong CC)

Sambutan Keat Hong Countdown to 2026: All To Gather menampilkan pertunjukan fesyen kitar semula, dengan bekas pesakit barah akan memperagakan pakaian mampan yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

Acara ONE Countdown juga akan diadakan di Sekolah Menengah Marsiling Woodlands, serta gelanggang keras di depan Blok 215 Boon Lay Place.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg