Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raja Sweden terima sambutan penuh istiadat semasa lawatan negara pertama ke S’pura

Nov 19, 2024 | 8:51 PM
Raja Sweden Carl XVI Gustaf (kiri) memeriksa kawalan kehormatan bersama Presiden Tharman Shanmugaratnam di Parliament House di Singapura pada 19 November.
Raja Sweden Carl XVI Gustaf (kiri) memeriksa kawalan kehormatan bersama Presiden Tharman Shanmugaratnam di Parliament House di Singapura pada 19 November. - Foto AFP

Raja Sweden, Carl XVI Gustaf, diberi sambutan penuh istiadat di Singapura pada 19 November sebagai sebahagian daripada lawatan negara pertama ke negara itu.

Raja negara Scandinavia itu disambut di Parliament House oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam, menandakan permulaan lawatan rasmi beliau yang berlangsung hingga 21 November.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Tuan Presiden dan Raja Sweden itu membincangkan pengukuhan kerjasama antara Singapura dengan Sweden dalam pelbagai bidang, termasuk dalam penyelidikan dan pengembangan, pengangkutan, kemampanan dan pertahanan.

Kemudian, Raja Carl disambut Menteri Kanan Encik Lee Hsien Loong untuk jamuan makan tengah hari.

Ia mengesahkan hubungan erat Singapura dengan Sweden, dan menyaksikan kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut, beliau turut menghadiri upacara menamakan orkid. Hibrid orkid baru, Raja Carl XVI Gustaf dari Sweden, dinamakan sebagai penghormatan kepada beliau.

Menurut MFA, Tuan Presiden dan isterinya, Puan Jane Ittogi, menganjurkan Majlis Jamuan Negara bagi menghormati Raja Carl pada malam 19 November.

Sebelum ini, Raja Carl dan isterinya, Ratu Silvia, telah menerima kunjungan wartawan Singapura yang melawat istana diraja yang terletak di bandar lama di tengah-tengah ibu kota Sweden, Stockholm.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada lawatan media ke sana yang dihoskan oleh kerajaan Sweden dari 11 hingga 14 November, menjelang lawatan negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg