Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakam Terminal Brani dengan dron: Lelaki akan didakwa

Nov 6, 2023 | 3:32 PM
DILARANG RAKAM: Terminal Brani ialah pelabuhan komersial yang ditetapkan sebagai tempat yang dilindungi di bawah undang-undang Singapura.
DILARANG RAKAM: Terminal Brani ialah pelabuhan komersial yang ditetapkan sebagai tempat yang dilindungi di bawah undang-undang Singapura. - Foto ST

Seorang lelaki berusia 33 tahun akan didakwa pada Selasa atas tuduhan merakam tempat larangan dengan dron.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, polis berkata ia menerima maklumat pada 9 Jun petang bahawa sebuah dron sedang dikendalikan di sekitar Terminal Brani, sebuah pelabuhan komersial yang ditetapkan sebagai tempat yang dilindungi di bawah undang-undang Singapura.

Tempat yang dilindungi adalah kawasan larangan di Singapura di mana hanya orang tertentu dibenarkan masuk, lapor The Straits Times.

Sebuah dron ditemui dan didapati mengandungi beberapa rakaman video Terminal Brani. Pengendali dron itu dikenal pasti selepas siasatan, dengan bantuan forensik digital, tambah polis.

Lelaki itu akan didakwa pada Selasa atas kesalahan jenayah fotografi membuat rakaman fotografi tempat yang dilindungi menggunakan “pesawat tanpa pemandu”, atau dron.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda hingga $20,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Beberapa kes kesalahan dron berlaku sepanjang tiga tahun lalu.

Pada 2020, 20 pengendali dron ditangkap dalam tempoh tiga bulan kerana melakukan kesalahan undang-undang menerbangkan dron mereka dalam jarak 5 kilometer dari Lapangan Terbang Changi, menyebabkan Changi Airport Group meningkatkan langkah keselamatan.

Pada 2022, sebuah syarikat pembinaan didenda $22,000 kerana menerbangkan dron di kawasan awam tanpa kebenaran.

Polis menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada laman web Penguasa Penerbangan Awam Singapura untuk butiran lanjut mengenai peraturan menerbangkan dron di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg