Rakyat Singapura didapati kurang gembira sejak sedekad lalu, tetapi mereka yang mendakap keluarga dan tradisi, mengambil berat tentang masyarakat dan alam sekitar, dan mempunyai wang dan kedudukan sosial – tanpa terlalu menekankan mana-mana aspek – secara umum lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka, menurut satu dapatan tinjauan.
Tinjauan Mutu Hidup 2022 itu turut mendapati bahawa mereka yang mengutamakan harta benda dan barang dan perkara mewah dalam hidup merupakan golongan yang paling tidak berpuas hati, lapor The Straits Times.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg