Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ramadan On Wheels perluas bantuan kepada 350 keluarga

Mar 27, 2022 | 5:30 AM
SEBAR KECERIAAN: Encik Chan (tengah), yang didampingi Encik Danish (kanan), membantu memasukkan barangan dapur ke dalam hamper yang diagihkan kepada penerima bantuan ROW semalam. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
SEBAR KECERIAAN: Encik Chan (tengah), yang didampingi Encik Danish (kanan), membantu memasukkan barangan dapur ke dalam hamper yang diagihkan kepada penerima bantuan ROW semalam. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -

SERAMAI 350 keluarga menerima baucar dan hamper makanan di bawah inisiatif tahunan Ramadan On Wheels (ROW) semalam.

Semalam juga menandakan pelancaran inisiatif anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) itu yang diadakan di 4PM HuBelia yang terletak di Bedok Reservoir Road dan dihadiri Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, selaku tetamu terhormat.

Selain isi rumah berpendapatan rendah, ROW turut menyasarkan warga emas atau golongan kurang upaya berusia 65 tahun dan ke atas.

Menurut pengerusi ROW, Encik Danish Hisham, ROW meluaskan jangkauannya tahun ini kepada 350 keluarga - satu kenaikan berbanding 250 keluarga tahun lalu.

Tahun ini, ROW memberi tumpuan menangani isu seperti memenuhi keperluan asas keluarga, pengasingan sosial yang meningkat, cabaran kesejahteraan mental serta jurang digital yang semakin luas dalam masyarakat, kata Encik Danish.

Sejak diperkenalkan pada 2001, ROW telah mendekati lebih 4,000 keluarga, dengan sokongan lebih 3,500 relawan.

Bahagian kedua pengagihan akan dilakukan pada 15 April ini, sebelum Hari Raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg