Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ramai kembali ke pejabat tapi ada majikan tak terburu-buru

Apr 6, 2021 | 5:30 AM
MASIH BERHATI-HATI: Pejabat syarikat di ISGN Ventures yang terletak di Oxley Bizhub ini belum 'menyambut' 75 peratus pekerja sedang para pekerjanya masih mengikut aturan kerja sebelum ini - 50 peratus kakitangan terus bekerja dari rumah. - Foto BH oleh YONG LI XUAN
MASIH BERHATI-HATI: Pejabat syarikat di ISGN Ventures yang terletak di Oxley Bizhub ini belum 'menyambut' 75 peratus pekerja sedang para pekerjanya masih mengikut aturan kerja sebelum ini - 50 peratus kakitangan terus bekerja dari rumah. - Foto BH oleh YONG LI XUAN -

LEBIH ramai pekerja telah kembali ke pejabat semalam, setelah Singapura melonggarkan langkah pengurusan selamat.

Ini sedang ada syarikat yang sudah mula melaksanakan aturan kerja baru, yang membolehkan 75 peratus pekerja berada di pejabat pada satu-satu masa.

Bagaimanapun, terdapat ramai majikan yang masih mengekalkan aturan kerja yang ada sekarang dan tidak terburu-buru melaksanakan perubahan. Selain memerlukan lebih banyak masa untuk membuat perancangan teliti terutamanya jika ia melibatkan banyak jabatan atau unit perniagaan, majikan berpendapat pekerja tetap menjalankan tugasan dengan baik dalam aturan kerja sekarang.

Antara syarikat yang mengekalkan 50 peratus pekerja dari rumah ialah ISGN Ventures Pte Ltd, sebuah firma khidmat digital.

Pengasas bersama ISGN Ventures, Encik Fazli Mansor, berkata belum ada keperluan mendesak untuk melaksanakan aturan kerja baru dengan segera dan akan menyemak semula aturan kerja dalam masa seminggu, dua mendatang.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg