Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Rancang serang Muslim S’pura: Belia dibebas ISD selepas tiga tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancang serang Muslim S’pura: Belia dibebas ISD selepas tiga tahun

Jan 24, 2024 | 05:23 PM



Belia Kristian Protestan telah dibebaskan daripada tahanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dan diberi arahan penggantungan (SD) pada Januari 2024 setelah didapati mencapai kemajuan baik dalam pemulihannya.

Dia juga telah dinilai tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan.

Belia Singapura berbangsa India itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember 2020 ketika berusia 16 tahun kerana didapati diradikalisasi oleh ideologi pelampau sayap kanan.

Dia telah membuat perancangan dan persediaan terperinci untuk melakukan serangan pengganas menggunakan parang terhadap umat Islam di Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak di Singapura.

Menurut kenyataan ISD, sepanjang tiga tahun penahanannya, belia itu, kini berusia 19 tahun, telah melalui program pemulihan intensif dan sejak itu menolak idea pelampau sayap kanan dan penggunaan keganasan.

Dia juga tidak lagi menyimpan sebarang kebencian terhadap golongan Muslim dan telah memahami kepentingan keharmonian kaum dan agama di Singapura.

Untuk menangani pemikiran ekstremisnya, termasuk kepercayaan tidak berasas bahawa orang Kristian diserang oleh orang Islam, ISD bekerjasama dengan Majlis Kebangsaan Gereja Singapura agar seorang paderi Kristian dapat memberi kaunseling kepadanya.

Melalui sesi-sesi itu, paderi tersebut mengajarnya mengamalkan nilai-nilai murni tanpa kekerasan dan kesederhanaan, serta menghargai keharmonian antara agama.

Dia juga belajar untuk mengamalkan toleransi dan kesederhanaan apabila mengamalkan kepercayaannya di Singapura.

Belia itu juga telah diberikan tiga mentor – dua sukarelawan daripada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan seorang lagi mantan guru sekolah menengahnya – yang membantunya meningkatkan keyakinan diri serta mengatasi cabaran yang dihadapinya ketika berhubungan dengan orang lain.

Keluarga belia itu juga memainkan peranan penting dalam pemulihannya, kerana lawatan mingguan dan kata-kata semangat mereka mendorongnya untuk terus berada di landasan yang betul dengan pemulihannya, tambah ISD.

Ketika dalam tahanan, ISD telah juga mengatur agar belia itu dapat meneruskan pendidikannya termasuk menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) ‘N’ dan ‘O’.

Dia lulus peperiksaannya itu dan mahu melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IHL) kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >