Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rangkaian pemulihan MMO terima anugerah kecemerlangan

Oct 28, 2024 | 5:38 PM
Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) menerima Anugerah Kecemerlangan Operasi Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang disampaikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kiri) pada 22 Oktober.
Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) menerima Anugerah Kecemerlangan Operasi Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang disampaikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kiri) pada 22 Oktober. - Foto FACEBOOK PROFESOR MADYA MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

Anugerah Kecemerlangan Operasi Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah disampaikan kepada Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, pada 22 Oktober.

Ia disampaikan kepada Rangkaian Pemulihan MMO atas kejayaan persidangan S.H.U.R.A. (Synergising Strengths for Collective Wisdom) yang dianjurkan pada Februari 2024.

“Persidangan tersebut melambangkan semangat MMO dalam menyatukan kekuatan kita untuk menyokong pesalah dan keluarga mereka.

“Saya benar-benar terharu dengan pencapaian ini.

“Tahniah kepada jawatankuasa penganjur dan semua rakan kongsi MMO kami yang terlibat dalam menjayakan persidangan itu,” kata Dr Faishal dalam satu catatan Facebook pada 28 Oktober.

“Persidangan tersebut melambangkan semangat MMO dalam menyatukan kekuatan kita untuk menyokong pesalah dan keluarga mereka. Saya benar-benar terharu dengan pencapaian ini.”
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg