Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rangkaian pengamal masyarakat lancar terbitan rakam perjalanan 8 tahun

Nov 17, 2025 | 3:29 PM
Satu perbincangan dialog diadakan di Auditorium AMP pada 9 November dengan anggotanya yang terdiri daripada (dari kiri) Profesor Madya Khairudin Aljunied, Profesor Sattar Bawany, dan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, dan Encik Raihan Husainni sebagai moderator.
Satu perbincangan dialog diadakan di Auditorium AMP pada 9 November dengan anggotanya yang terdiri daripada (dari kiri) Profesor Madya Khairudin Aljunied, Profesor Sattar Bawany, dan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, dan Encik Raihan Husainni sebagai moderator. - Foto AMP

Sebuah terbitan yang merakam perkembangan Rangkaian Pengamal Masyarakat (NOCP) telah dilancarkan pada 9 November bagi mendorong orang ramai untuk terus membina masyarakat yang berdaya tahan, inklusif dan penuh belas kasihan.

Terbitan yang bertajuk ‘Merakam 8 Tahun Perkembangan, Pencapaian dan Cabaran’ itu telah diterbitkan dalam bentuk monograf digital dan dilancarkan dalam acara yang diadakan di Auditorium AMP bagi meraikan ulang tahun rangkaian tersebut yang kelapan.

NOCP adalah sebuah gabungan karyawan daripada pelbagai bidang yang disokong AMP di bawah Kolektif Karyawan Muslim (MPC).

Diperkenalkan pada 2017, ia bertujuan memikirkan strategi dan huraian bagi menangani cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Sehingga kini, rangkaian tersebut telah menerbitkan wacana dan penyelidikan yang tertumpu pada masyarakat Muslim di Singapura, selain mengendalikan perbincangan secara berkumpulan dan menyokong beberapa inisiatif masyarakat.

Pengerusi NOCP, Dr Shariffa Syahidah Chishty, berkata perjalanan lapan tahun rangkaian tersebut telah memberikan peringatan bahawa kekuatan masyarakat terletak kepada kebolehan untuk belajar, menyesuaikan diri dan berkhidmat bersama.

“Perjalanan NOCP mencerminkan semangat kolektif para pengamal masyarakat yang percaya pada pembangunan berterusan dan matlamat bersama – nilai-nilai yang akan membimbing kita sedang kita bersedia untuk masa hadapan,” katanya.

Acara bertemakan ‘Masyarakat Melayu/Islam Bersedia bagi Masa Depan’ itu turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu terhormat, Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Beliau bakal dilantik sebagai Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) pada Februari 2026.

Sewaktu acara itu, penceramah dari NOCP turut membincangkan isu-isu berkaitan kepimpinan, pembangunan pemikiran, dan strategi untuk memperkukuh kesan ke atas masyarakat masa depan.

Antara isu-isu yang diutarakan termasuk pemprofilan personaliti genetik yang boleh digunakan untuk memanfaatkan sepenuhnya bakat dan kekuatan intrinsik, sekali gus menekankan kepentingan menyelaraskan ciri peribadi dengan peranan strategik bagi membina kesediaan serta daya tahan.

Turut dibincangkan semasa acara tersebut termasuk semakan semula hala tuju rangkaian tersebut dan kedudukan masyarakat sedia ada supaya ia dapat melakar strategi yang lebih baik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg