Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rawatan mandatori buat warga emas sebabkan amah mati dalam kebakaran

Oct 25, 2023 | 2:57 PM
DIJATUHI HUKUMAN: Chia Gek Yong, 73 tahun, dijatuhi hukuman perintah rawatan mandatori (MTO) selama dua tahun, sebagai ganti masa di dalam penjara. 
DIJATUHI HUKUMAN: Chia Gek Yong, 73 tahun, dijatuhi hukuman perintah rawatan mandatori (MTO) selama dua tahun, sebagai ganti masa di dalam penjara.  - Foto ST

Seorang lelaki warga emas yang mengalami gangguan bipolar dan memulakan kebakaran yang menyebabkan pembantu rumah jirannya mati akibat terhidu asap, diarah menjalani rawatan psikiatri mandatori.

Pada Rabu, Chia Gek Yong, 73 tahun, dijatuhi hukuman perintah rawatan mandatori (MTO) selama dua tahun sebagai ganti masa di dalam penjara.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Hakim Daerah Carol Ling berkata bahawa keadaan mental Chia mempunyai kaitan dengan kesalahan itu.

Mengenakan hukuman penjara ke atas seseorang yang mengalami penyakit mental tidak akan membantu menghalang kesalahan tersebut dan pemulihan mungkin menjadi pertimbangan hukuman utama dalam kes sedemikian, kata Hakim Ling.

Namun, hakim menegaskan bahawa tragedi kematian pembantu rumah itu, Cik Koimatun Achmad Ali, tidak dapat diketepikan pihak mahkamah.

Sekiranya Chia gagal menghadiri rawatan, mahkamah boleh membatalkan MTO dan menjatuhkan hukuman semula, kata Hakim Ling.

Chia mengaku bersalah pada awal Ogos lalu kepada kesalahan yang menyebabkan kematian dengan melakukan perbuatan terburu-buru. Dia datang ke mahkamah dengan menggunakan kerusi roda pada Rabu untuk mendengar hukumannya.

Pada masa kejadian pada 29 Januari 2022 di Blok 39 Telok Blangah Rise, Chia membakar tilamnya untuk mematikan pepijat katil. Kebakaran merebak dan dia meninggalkan flatnya.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di tempat kejadian dan semasa memadamkan api, asap daripada kebakaran itu semakin tebal dan menyusup masuk sebuah unit flat di atas.

SCDF memecah masuk unit tersebut dan menemui Cik Koimatun yang tidak sedarkan diri di sebuah bilik. Beliau mengalami kesukaran bernafas dan dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia sekitar 10.30 malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg