RDU siasat kemungkinan poster parti ‘diganggu’ sewaktu GE2025

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RDU siasat kemungkinan poster parti ‘diganggu’ sewaktu GE2025

May 10, 2025 | 3:50 PM

RDU siasat kemungkinan poster parti ‘diganggu’ sewaktu GE2025

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Cik Liyana Dhamirah dilihat menurunkan poster pasukannya yang bertanding di GRC Jurong East-Bukit Batok pada hari bertenang setelah menerima notis  daripada ELD pada 2 Mei.
Cik Liyana Dhamirah dilihat menurunkan poster pasukannya yang bertanding di GRC Jurong East-Bukit Batok pada hari bertenang setelah menerima notis daripada ELD pada 2 Mei. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK LIYANA DHAMIRAH

Parti Titik Merah Bersatu (RDU) sedang menyiasat sekiranya berlaku sebarang ‘gangguan’ terhadap poster-posternya di kawasan GRC Jurong East–Bukit Batok dan GRC Nee Soon semasa Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) yang lalu.

Ini selepas salah seorang anggota RDU, Cik Liyana Dhamirah mendakwa beberapa poster parti tersebut telah dialihkan daripada tempat asalnya.

Bendahari RDU yang juga calon bagi GRC Jurong East-Bukit Batok pada GE2025, mendakwa beliau sendiri terpaksa menurunkan sebanyak 30 poster parti itu, selepas dikatakan menerima arahan daripada Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Hari Bertenang.

Dalam satu catatan di laman Facebook pada 9 Mei, Cik Liyana, berkata bahawa pasukannya menerima notis daripada ELD pada 2 Mei, yang menyatakan beberapa poster parti itu melanggar peraturan pengiklanan pilihan raya.

Menurutnya, RDU hanya diberi masa lima jam untuk menurunkan poster-poster tersebut.

“Ketika orang lain berehat atau meluangkan masa bersama keluarga, saya berlari ke sana pada Hari Bertenang bukan untuk berkempen, tetapi untuk menurunkan sendiri poster kami,” tulisnya.

Beliau mendakwa bahawa poster-poster tersebut asalnya dipasang menggunakan ikatan zip hitam.

Namun poster-poster pasukannya diikat semula menggunakan ikatan zip putih dan dipindahkan ke lokasi tidak dibenarkan, seperti tiang lampu dan papan tanda jalan. Ia menimbulkan kecurigaan tentang campur tangan pihak ketiga.

Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), Cik Liyana menekankan bahawa catatan di laman Facebook tersebut bukanlah tuduhan rasmi tentang salah laku jenayah, sebaliknya luahan peribadi tentang gangguan terhadap kempen partinya.

“Mungkin ini perbuatan penyokong yang terlalu bersemangat, bukan pihak yang berniat jahat.

“Kenyataan yang saya lakukan bukan dakwaan jenayah secara rasmi tetapi lebih kepada menyatakan rasa sedih dan kecewa terhadap bagaimana kempen ini diganggu,” jelas Cik Liyana.

Parti itu kini menunggu kemas kini daripada penyedia perkhidmatan logistik kempen mereka, yang telah menyelesaikan proses menurunkan semua poster pada 9 Mei.

“Sebaik sahaja kami mendapat gambaran yang lebih jelas, kami akan tentukan sama ada laporan polis atau laporan kepada ELD perlu dibuat,” kata Cik Liyana.

Meskipun beliau diberi masa menurunkan poster dengan segera, lapan poster masih tergantung dan ini menyebabkan RDU dikenakan denda sekitar $400.

Katanya, denda tambahan mungkin menyusul bergantung kepada penilaian akhir ELD.

BM telah menghubungi ELD untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dalam GE2025, Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperolehi 76.66 peratus undi di GRC Jurong East-Bukit Batok, menewaskan RDU dengan 23.34 peratus undi.

Di GRC Nee Soon, PAP memperolehi 73.81 peratus undi berbanding RDU yang mencatat 26.19 peratus dalam pilihan raya baru-baru ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg