Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RedManShop.com rai Raya dengan wajah baru 

Mar 2, 2025 | 5:30 AM
Tunjuk cara membuat Biskut Kacang Pandan oleh Cef Mel Dean di Celebfest pada 9 Mac 2025 nanti.
Tunjuk cara membuat Biskut Kacang Pandan oleh Cef Mel Dean di Celebfest pada 9 Mac 2025 nanti. - Foto PHOON HUAT PTE LTD

Dengan tibanya Ramadan 2025, RedMan oleh Phoon Huat membantu anda membuat persiapan perayaan dengan lebih mudah, meriah serta menjimatkan.

Ia menawarkan akses pada pembukaan kedai runcit terbaru yang ke-19, di samping melalui dalam talian di redmanshop.com, dengan wajah baru.

RedManShop.com

Anda kini boleh berbelanja bahan membuat kuih-muih dan alatan membakar sempena Raya ini dengan satu klik sahaja!

Dilancarkan semula pada Mac 2025, RedManShop.com menampilkan visual menarik dengan ‘interface’ yang menjadikannya lebih mudah digunakan berbanding sebelum ini.

Peniaga makanan di rumah juga mudah mendapatkan ilham dan membeli bahan yang diperlukan melalui dalam talian.

Sama ada anda seorang yang baru berjinak-jinak ataupun pembuat kuih-muih atau roti berpengalaman, hanya satu klik diperlukan.

Idea dan maklumat tentang kuih Raya yang sedang trend dan kuih kegemaran tradisional, turut disediakan di laman web itu.

Anda juga boleh menyertai kelas membuat kek dan kuih-muih secara praktikal. Sebagai contoh, anda boleh mempelajari cara membuat hidangan istimewa seperti, tart Kunafa Chocolate Pistachio dan kek Charlotte Coconut Mango.

Beberapa bulan lagi, platform itu akan menjalani fasa kedua.

Ia akan dikembangkan dengan talian ‘Baking Hotline’ untuk pelanggan mendapatkan nasihat pakar dan menyertai ruang komuniti dengan pembuat roti dan kuih-muih berpengalaman boleh berkongsi panduan, idea dan petua.

Dengan musim perayaan semakin hampir, RedMan menawarkan pelbagai idea, mendidik dan memperkasa pembuat kuih-muih dan roti bagi mencipta hidangan menarik untuk orang tersayang.

Antaranya, Biskut Kacang Pandan, yang dicipta secara eksklusif oleh cef RedMan sendiri.

Sementara itu, sempena acara Tabung Amal Aidilfitri (TAA), Cef Mel Dean, akan menunjukkan cara membuat Biskut Kacang Pandan pada 1 petang, 9 Mac di Celebfest di Pusat Konvensyen Suntec.

RedMan juga akan menyediakan kurma coklat untuk dibahagikan sewaktu berbuka puasa sepanjang tiga hari di Celebfest dari 6 petang hingga 7 malam berhampiran kawasan pentas.

Kurma percuma itu adalah usaha sama Van Houten Professional dengan RedMan khas untuk pengunjung Celebfest.

Layari pautan, www.redmanshop.com atau singgah ke 19 kedai RedMan dan Phoon Huat berdekatan rumah anda untuk mendapatkan resipi menarik serta bahan keperluan bagi perayaan!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg