Sebanyak 242 wau telah dilukis di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 10 Oktober, sekali gus mencatatkan satu rekod baharu dalam Singapore Book of Records bagi bilangan wau terbanyak yang dilukis dalam satu acara.

Rekod itu merupakan sebahagian daripada acara ‘Laman Warna’, di bawah kempen kebudayaan ‘Budaya Milik Kita’, inisiatif anjuran WGS sempena sambutan Bulan Bahasa 2026 untuk mendekatkan masyarakat dengan warisan budaya Melayu secara interaktif.

Selain aktiviti melukis wau, pengunjung turut disajikan dengan sesi bercerita yang memaparkan kisah dongeng popular seperti Badang, Radin Mas dan Puteri Gunung Ledang, serta persembahan seni daripada beberapa kumpulan termasuk kumpulan orkestra, Djoko Mangkrengg; kumpulan silat, Pencak Bawean Dheun; dan kumpulan tari dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) College West, Westari.

Selain itu, sempena Bahasa Bahasa 2026, WGS juga telah mementaskan naskhah asli, Bangsawan Kencana Sakti, pada 15 Ogos.

Naskhah tulisan dan arahan tokoh teater Melayu, Nadiputra atau nama penuhnya Almahdi Al-Haj Ibrahim itu mengisahkan golongan diraja dengan mengetengahkan nilai kekeluargaan, persaudaraan, silaturahim dan keutuhan hubungan dalam menghadapi pergolakan hidup.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti