Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja 15 tahun ditangkap disyaki terlibat kes gangguan tailong

Nov 23, 2024 | 2:38 PM
Cat merah disimbah pada pintu dan pagar flat di Yishun dan Bedok.
Cat merah disimbah pada pintu dan pagar flat di Yishun dan Bedok. - Foto SPF

Seorang remaja berusia 15 tahun ditangkap pada 22 November kerana disyaki terlibat dalam dua kes gangguan pemiutang haram, atau tailong, di dua flat di Yishun dan Bedok.

Polis berkata dalam satu kenyataan mereka diberitahu mengenai kes pertama di Yishun Street 22 pada 20 November, dan kes kedua di Chai Chee Road pada 21 November.

Kedua-dua flat disimbah cat merah di pintu dan pagar. Grafiti juga diconteng pada tembok di sebelah unit di Yishun itu dan lantai di hadapan unit di Bedok.

Satu nota amaran tulisan tangan pula dilekatkan pada tembok di luar unit di Chai Chee Road. Ia mengandungi ugutan kepada penghutang bahawa rumah beliau akan dibakar jika hutangnya tidak dibayar.

Remaja itu dijangka didakwa di mahkamah pada 23 November, lapor The Straits Times.

Jika disabit kesalahan gangguan tailong, pesalah kali pertama boleh didenda antara $5,000 hingga $50,000, dengan hukuman penjara hingga lima tahun dan sebat hingga enam kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg