Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja 16 tahun akui lakukan kesalahan seks terhadap 6 budak bawah umur

Apr 1, 2024 | 6:34 PM
Pesalah, yang tidak boleh dinamakan, telah melakukan kesalahan seksual ke atas enam budak perempuan bawah umur yang berusia antara 12 dengan 14 tahun.
Pesalah, yang tidak boleh dinamakan, telah melakukan kesalahan seksual ke atas enam budak perempuan bawah umur yang berusia antara 12 dengan 14 tahun. - Foto fail

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun, yang melakukan satu kesalahan seksual terhadap seorang budak perempuan pada awal 2021, menjadikan lima lagi budak perempuan sebagai mangsanya hingga lewat 2022.

Budak-budak perempuan itu semuanya di bawah umur, iaitu berusia antara 12 dengan 14 tahun.

Pada 1 April, remaja itu, yang kini berusia 16 tahun, mengaku bersalah bagi lapan tuduhan, termasuk kesalahan cabul dan rogol.

Dia tidak boleh dinamakan kerana berusia di bawah 18 tahun dan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Tujuh belas tuduhan lain akan diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan, lapor The Straits Times.

Remaja itu bertemu mangsa pertamanya, yang berusia 13 tahun, pada 28 Mac 2021, menerusi seorang kenalan, dan mereka bersetuju menjalin hubungan.

Pada esoknya, mereka pergi ke tangga di blok budak perempuan itu tinggal dan mengadakan hubungan seks.

Dia menemui mangsa kedua, yang ketika itu berusia 12 tahun, ketika mereka dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada Julai 2021.

Mangsa sedang menonton rancangan di telefon bimbitnya apabila remaja itu mencium pipi kirinya tanpa persetujuannya.

Dia bertemu mangsa ketiga, yang ketika itu berusia 13 tahun, pada 16 Januari 2022, melalui media sosial.

Mereka mula berbual dan bersetuju bertemu di Lot One Shoppers’ Mall di Choa Chu Kang tiga hari kemudian.

Remaja itu kemudian mula menyentuh mangsa di khalayak ramai tanpa persetujuannya, yang mendorong mangsa memutuskan hubungan dengannya pada hari yang sama.

Mangsa keempat, yang berusia 14 tahun, ditemuinya di Marsiling, manakala mangsa kelima dan keenam, yang kededuanya berusia 13 tahun ketika itu, ditemui di sekolah dan media sosial.

Pada 1 April, mahkamah meminta laporan untuk menilai sama ada pesalah itu sesuai menjalani probesen dan program pemulihan.

Pesalah muda yang dihantar bagi program pemulihan akan ditahan di sebuah pusat untuk mengikuti rejim ketat, termasuk latihan berbaris dan kaunseling.

Remaja itu dijangka dijatuhi hukuman pada 27 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg