Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja digigit burung kakak tua di Bird Paradise

Jun 11, 2023 | 3:15 PM
DIGIGIT KAKAK TUA: Seekor burung kakak tua jambut belerang kuning (gambar kiri) kelihatan mendekati seorang remaja perempuan hingga menyebabkan luka di telinganya (gambar kanan).
DIGIGIT KAKAK TUA: Seekor burung kakak tua jambut belerang kuning (gambar kiri) kelihatan mendekati seorang remaja perempuan hingga menyebabkan luka di telinganya (gambar kanan). - Foto SERENE CHEN

Kunjungan pertama satu keluarga di sini ke Bird Paradise menjadi satu peristiwa malang apabila seekor burung kakak tua menggigit telinga seorang remaja perempuan di pusat tarikan terbaru itu.

Suri rumah, Cik Serene Chen, memberitahu The Straits Times (ST) pada Sabtu bahawa anak perempuannya, 13 tahun, sedang mengambil gambar burung kakak tua jambul belerang itu di sangkar ‘Australian Outback’ sekitar 15 minit selepas taman itu dibuka sebelum ia terbang ke atas bahu anaknya itu dan mula menggigit telinganya.

Cik Chen, yang pada ketika itu sedang berjalan di belakangnya bersama suami dan seorang lagi anak lelaki, berkata:

“Kami kemudian terus bergegas kepadanya untuk menyelamatkannya dan kami memberitahunya supaya jangan bergerak.”

“Burung itu sedang menggigit telinganya dengan pantas dan saya menggunakan jari tengah saya untuk menghalang burung itu daripada menggigitnya. Selepas itu, suami saya menolak burung itu supaya ia beredar.”

Namun pada saat itu, darah sudah mula mengalir keluar tanpa henti di telinga remaja tersebut dan keluarga itu mendekati seorang pekerja pembersihan untuk mendapatkan bantuan kerana tiada pengawal berhampiran, kata Cik Chen, 42 tahun.

Ia mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit sebelum kakitangan lain tiba di tempat kejadian selepas suami dan pekerja pembersihan itu menghubungi pihak pengurusan taman mengenai kejadian tersebut.

Selepas menerima rawatan daripada kakitangan itu yang membersihkan lukanya, keluarga itu pergi ke Hospital Khoo Teck Puat sekitar 10 pagi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menjawab pertanyaan ST, seorang jurucakap Mandai Wildlife Group berkata burung tersebut telah dipindahkan ke sebuah sangkar di balik tarikan dan satu pasukan jagaan binatang sedang mendidik burung itu supaya ia tidak menggigit pengunjung.

Syarikat itu masih sedang menghubungi keluarga itu, katanya.

Beliau mengingatkan semula agar pengunjung mematuhi peraturan taman dan supaya tidak mencuba untuk menyentuh atau memberi makan kepada haiwan tersebut yang mempunyai paruh dan cakar tajam yang boleh menyebabkan kecederaan tidak diingini.

Sangkar besar di Bird Paradise juga disediakan secara terbuka agar ia persis sekitaran semula jadi yang membenarkan burung-burung terbang dengan bebas dan meneroka sekitaran mereka.

“Haiwan adalah sama seperti manusia, yang pada masa-masa tertentu, lebih menghargai ruang peribadi aman mereka tersendiri dan ini perlu dihormati. Jadi kami harus memastikan ada jarak selamat di antara kami dengan mereka,” tambahnya.

Ini bukan kali pertama taman itu mengalami kejadian melibatkan pengunjung didekati burung kakak tua.

Pada Mei, terdapat seorang pengguna TikTok yang memuatnaik video seekor burung kakak tua yang cuba merampas rantai lehernya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg