Dua belia Singapura berusia 15 tahun dan 17 tahun masing-masing telah dikenakan Arahan Sekatan (RO) dan Arahan Penahanan (OD) kerana menjadi radikal sendiri.
Antaranya ialah seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang merancang untuk melakukan serangan senjata di masjid di Singapura.
Seorang lagi ialah seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang mahu berkahwin dengan seorang pejuang ISIS dan bersedia untuk berjuang bagi kumpulan tersebut di Syria.
Dia adalah wanita remaja pertama yang dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menurut satu kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada 2 April.
Pada Jun 2024, remaja lelaki itu menyenaraikan lima masjid – Masjid Maarof, Masjid Jamek Queenstown, Masjid Darussalam, Masjid An-Nur, and Masjid Hajjah Fatimah – untuk melakukan serangan.
Namun, dia lebih cenderung untuk menyerang Masjid Maarof selepas solat Jumaat, kerana kerap berada di kawasan Jurong West.
Ketika ditahan, remaja tersebut mengakui bahawa dia belum melaksanakan serangannya kerana gagal untuk mendapatkan senjata api.
Dalam pada itu, pelajar perempuan yang ditahan telah bercita-cita untuk menyokong perjuangan ISIS dengan berkahwin dengan seorang pejuang ISIS di Syria.
Dia berharap untuk membina keluarga yang pro-ISIS dan membesarkan anak lelaki yang akan menjadi pejuang.
Antara September 2023 dan April 2024, remaja tersebut telah mencari penerbangan dari Singapura ke Syria sebanyak tiga kali.
Selain itu, dia turut mencari hubungan romantik dengan penyokong ISIS luar negara secara dalam talian, dengan menyiarkan propaganda ISIS di media sosial.
Antara Julai 2023 dan Disember 2024, dia terlibat dalam sekurang-kurangnya lapan hubungan romantik jangka pendek dalam talian dengan penyokong ISIS, termasuk seorang yang didakwa pejuang ISIS di Syria.
Remaja perempuan itu adalah individu kedua termuda yang ditahan, selepas penahanan dua remaja lelaki berusia 14 tahun dan 15 tahun sejak 2022.
Sejak 2015, ISD telah menangani 17 remaja berusia 20 tahun ke bawah, kesemuanya menjadi radikali sendiri dalam talian.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg