Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja pandu van bawa rokok seludup ditahan di Yishun

Oct 27, 2023 | 3:47 PM
CUBA SELUDUP ROKOK: Pegawai kastam menemui 1,580 karton rokok yang tidak dibayar cukai dan wang tunai berjumlah $5,857 yang disyaki hasil penjualan daripada rokok seludup itu dalam sebuah van. 
CUBA SELUDUP ROKOK: Pegawai kastam menemui 1,580 karton rokok yang tidak dibayar cukai dan wang tunai berjumlah $5,857 yang disyaki hasil penjualan daripada rokok seludup itu dalam sebuah van.  - Foto KASTAM SINGAPURA

Seorang remaja berusia 17 tahun telah ditahan selepas satu operasi oleh Kastam Singapura yang mengakibatkan sebanyak 3,500 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas.

Keseluruhan cukai duti serta barangan dan perkhidmatan berjumlah $425,390, menurut agensi itu pada Jumaat.

Remaja itu ditahan pada Jumaat lalu di Yishun Street 42, di mana pegawai Kastam memerhatikan remaja itu turun dari van yang dipandunya, di mana beliau menunggu di bahagian penumpang.

Seorang lagi lelaki kemudian kelihatan menghampiri van itu sebelum diserbu pegawai.

Mereka mendapati 1,580 karton rokok yang tidak dibayar cukai serta wang tunai berjumlah $5,857 – disyaki hasil daripada penjualan rokok seludup itu.

Remaja itu ditahan dan dirujuk kepada Polis Trafik kerana memandu tanpa lesen. Lelaki kedua sedang membantu dalam siasatan.

Operasi berikutnya di Yishun Avenue 1 pada hari yang sama membawa kepada penemuan 1,920 karton tambahan tidak dibayar cukai.

Karton rokok itu ditemui dalam sebuah van tanpa pemandu, dengan pegawai Kastam merampas karton rokok dan van itu sekali.

Siasatan sedang dijalankan.

“Membeli, menjual, menyampaikan, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST,” kata kenyataan itu.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan, dipenjara sehingga enam tahun atau kededuanya.

Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan tersebut, serta hasil penjualan haram itu juga boleh dirampas.

Mereka yang mempunyai maklumat tentang kegiatan demikian boleh menghantar e-mel kepada customs_intelligence@customs.gov.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg