Restoran Atrium sediakan lebih 40 sajian istimewa Ramadan
Restoran Atrium sediakan lebih 40 sajian istimewa Ramadan
Holiday Inn Singapore Atrium turut tawar pakej inap ‘IHG Ramadan Your Way Stay’ dengan sahur dalam bilik dan iftar di restoran Atrium
Holiday Inn Singapore Atrium meraikan bulan Ramadan penuh istimewa dengan menyajikan bufet iftar eksklusif di Restoran Atrium, bermula 19 Februari hingga 22 Mac 2026.
Santapan halal bufet itu menampilkan lebih 40 hidangan autentik merangkumi sajian Timur Tengah, Asia Tenggara serta makanan mengikut cita rasa tempatan yang digemari ramai.
Menghidupkan erti kebersamaan dan keindahan tradisi berbuka puasa, bufet tersebut menjanjikan pengalaman mengenyangkan, malah turut memikat cita rasa.
Antara hidangan Timur Tengah yang menjadi tumpuan ialah Shaksuka (sayur goreng gaya Turkey), Moroccan Chicken Tagine, Beef Kofta, pasta Arab dengan sos yogurt dan banyak lagi.
Di stesen Chef’s Carving, untuk makan malam, tetamu boleh menikmati Kuzu Tandır iaitu kambing panggang lembut serta Arayes – roti pita berinti daging yang memikat selera.
Menggamit rasa Asia Tenggara, bufet itu menyajikan hidangan penuh aroma seperti Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Pad Krapow Gai, Bo Kho (rebusan daging Vietnam) dan Mok Pa (ikan kukus Laos dibalut daun pisang dengan herba).
Tidak ketinggalan, anda boleh menikmati pilihan tempatan seperti sate, laksa, perata, nasi ayam dan kuih Pie Tee yang pasti membangkitkan nostalgia.
Bagi penggemar makanan laut, bufet ini turut menawarkan pilihan menarik seperti Seafood on Ice serta Sushi & Sashimi (makan malam sahaja).
Lebih istimewa, salad, hummus, yu sheng turut dihidangkan bersama hingga 3 Mac 2026.
Menutup hidangan dengan manisan lazat, tetamu boleh mencuba Durian Panna Cotta dan Ais Lumut Sago Pandan (makan malam sahaja), selain Chocolate Fondue, pengat pisang dan aneka kuih tradisional.
Tempah awal dan rebut promosi menarik 1-untuk-1 bagi orang dewasa serta makan percuma bagi kanak-kanak lima tahun ke bawah.
Ruang makan yang luas dan kemudahan surau turut disediakan demi keselesaan pengunjung.
Selain itu, pakej penginapan ‘IHG Ramadan Your Way Stay’ membolehkan tetamu menikmati sahur dalam bilik serta iftar harian untuk dua orang di restoran ini.
Pakej penginapan tersebut kini dibuka untuk tempahan hingga 17 Mac 2026, dengan tarikh penginapan sah dari 19 Februari hingga 18 Mac 2026.
HARGA BUFET RAMADAN: 1-UNTUK-1
Makan Malam:
* Isnin - Khamis: $121++ untuk dua orang dewasa, $30++ bagi setiap kanak-kanak (enam tahun hingga 12 tahun)
* Jumaat - Ahad: $133++ untuk dua orang dewasa, $30++ bagi setiap kanak-kanak (enam tahun hingga 12 tahun)
SEKILAS:
MAKLUMAT TEMPAHAN:
1. Lokasi bufet Ramadan: Atrium Restaurant, Holiday Inn Singapore Atrium, 317 Outram Road, Level 4, Singapura 169075.
2. E-mel kepada atriumrestaurant.sinhi@ihg.com, atau WhatsApp 9114-0258 atau hubungi talian 3138-2530 untuk tempahan.
3. Bagi tempahan secara dalam talian, sila klik pautan, https://bh.sg/nmWs
4. Layari laman web, https://bh.sg/bTQC untuk mendapatkan maklumat menu dan harga.

