Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Restoran Islamic teruskan tradisi amal agih wang, beriani kepada orang susah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Restoran Islamic teruskan tradisi amal agih wang, beriani kepada orang susah

Apr 07, 2024 | 07:39 PM



Lebih 3,000 set beriani ayam diagihkan percuma kepada keluarga susah dan warga emas oleh Restoran Islamic pada 7 April, meneruskan tradisi berusia lebih sekurun lamanya untuk membantu orang kurang kemampuan.

Selain menghadiahkan nasi beriani, restoran itu juga mengagihkan wang zakat kepada keluarga yang memerlukan, kata pengendali restoran generasi ketiga, Encik Kaliloor Rahman Abdul Wahab, 62 tahun.

Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isterinya Puan Jane Ittogi turut hadir sebagai tetamu kehormat di restoran yang terletak bertentangan Masjid Sultan di North Bridge Road. Mereka membantu mengagihkan lebih 3,000 set beriani kepada penerima.

Apabila ditemui Berita Harian (BH), Encik Kaliloor Rahman berkata 400 kilogram beras basmati dan 800 kilogram ayam telah disiapkan khas untuk pengagihan percuma itu.


Restoran Islamic dimulakan pada 1921 oleh Encik M. Abdul Rahiman, tukang masak utama keluarga besar Alsagoff, iaitu pedagang Timur Tengah dan antara generasi perintis yang datang ke Singapura pada tahun 1800-an.

Sejak itu, restoran tersebut telah beramal dengan memberi sedekah wang dan beriani kepada golongan susah, kata Encik Kaliloor Rahman.

Pengagihan wang dan beriani pada 7 April itu juga diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-103 restoran tersebut.

“103 tahun yang lalu, semangat dermawan Abdul Rahiman amat menyerlah memberi makanan kepada mereka yang kelaparan dan melindungi orang gelandangan. Beliau memaparkan erti belas kasihan dalam bentuk yang paling murni.

“Hari ini, kami meneruskan tradisinya dengan menyumbang kembali kepada masyarakat, terutamanya mereka daripada keluarga yang kurang berkemampuan,” kata Encik Kaliloor.

Restoran Islamic terkenal dengan berianinya, yang menggunakan beras basmati yang dimasak dengan herba dan rempah ratus yang harum, bersama daging atau ayam berperisa.


Antara yang hadir untuk mendapatkan set beriani dan zakat adalah Cik Noraini Sarip, 64 tahun. Beliau, yang berkerusi roda, hadir seawal 6 petang bersama adik lelaki dan birasnya.

“Alhamdulillah, setiap tahun Restoran Islamic memberikan zakat. Tahun ini, saya gembira dapat beriani juga. Saya doakan mereka dimurahkan rezeki dan meneruskan tradisi ini setiap tahun,” kata Cik Noraini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >