Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Tharman sertai majlis buka puasa di Kampong Gelam

Mar 25, 2024 | 12:31 PM
Presiden Tharman Shanmugaratnam bersama isterinya, Puan Jane Ittogi, menghadiri acara berbuka puasa beramai-ramai di Arab Street.
Presiden Tharman Shanmugaratnam bersama isterinya, Puan Jane Ittogi, menghadiri acara berbuka puasa beramai-ramai di Arab Street. - Foto BH oleh KHALID BABA

Sekitar 1,500 orang menyertai acara berbuka puasa beramai-ramai di Kampong Gelam pada 23 Mac, acara buka puasa terbesar diadakan di sana, menurut penganjur.

Sebanyak 250 meja disiapkan bagi acara itu yang bertempat berhampiran Arab Street.

Acara itu turut dihadiri oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam bersama isterinya, Puan Jane Ittogi.

Acara itu adalah sebahagian daripada acara perayaan ikonik Ramadan yang berlangsung dari 2 Mac 2024 hingga 5 April 2024.

Bertemakan ‘Gemilang Kampong Gelam,’ acara tersebut menampilkan kerjasama istimewa dengan Masjid Sultan, sempena memperingati ulang tahun ke-200 masjid ikonik tersebut.

Turut menganjurkan acara tersebut ialah evenforti, Travel Connect dan Vision21.

Acara itu disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg