Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

RLAF serah derma $6.1j untuk warga Palestin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF serah derma $6.1j untuk warga Palestin

Derma diserah kepada UNRWA; kutipan keseluruhan RLAF buat Gaza kini $8.1j
Mar 18, 2024 | 08:04 AM



Masyarakat di Singapura telah mengumpulkan dana sebanyak $6.1 juta bagi tujuan membantu warga Palestin yang menjadi mangsa konflik Israel-Palestin.

Wang itu, yang dikutip oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah diserahkan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) pada 17 Mac.

Ini bermakna RLAF telah mengutip dana keseluruhan $8.1 juta bagi Gaza sejak konflik Israel-Palestin yang bermula pada 7 Oktober.

Ini adalah jumlah tertinggi yang pernah dikumpulkan RLAF bagi tujuan kemanusiaan tunggal dalam sejarah badan kemanusiaan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, menyampaikan cek dana terkumpul itu kepada Ketua Staf UNRWA, Encik Ben Majekodunmi dalam satu majlis di Amman, Jordan.

Encik Faizal berkata jumlah yang dikumpul mencerminkan semangat kolektif Singapura.

Beliau berkata: “Jumlah yang luar biasa ini, yang tertinggi yang pernah RLAF kutip, mencerminkan hati yang bersatu Singapura.

“Kami amat berterima kasih kepada semua orang yang telah menyumbang dengan murah hati untuk tujuan berharga ini.”

Acara itu dihadiri Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad serta Anggota Parlimen (AP), Encik Alex Yam, Encik Gerald Giam, Cik Nadia Ahmad Samdin, Cik Rachel Ong, dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Dana yang dikumpul bertujuan membantu usaha menyampaikan keperluan kesihatan, bantuan dan perlindungan bagi mereka yang terjejas oleh krisis di Gaza.

Usaha mengumpul dana, yang bermula pada 19 Oktober 2023, dilanjutkan dua minggu lagi atas sambutan yang menggalakkan, menurut RLAF.

Sebahagian daripada dana keseluruhan, berjumlah $2 juta, telah diberikan kepada UNRWA pada November 2023 untuk memastikan keperluan dapat segera disampaikan kepada mangsa terjejas, dengan baki jumlah hanya dapat disalurkan setelah audit selesai dilaksanakan dan piawaian kawal selia telah dipatuhi, kata RLAF lagi.

Menurut RLAF, sumbangan yang diterima datang daripada pelbagai segmen masyarakat Singapura dan organisasi, mencerminkan usaha bersatu merentasi kepercayaan dan latar belakang.

Pertubuhan seperti Darul Arqam Singapura, Caritas Humanitarian Aid and Relief Initiative Singapore (Charis), yang merupakan pertubuhan Roman Katolik, Persekutuan Buddha Singapura dan Lembaga Wakaf Hindu adalah antara penyumbang. 

RLAF juga mengendalikan sesi untuk penderma menerima maklumat terkini secara langsung daripada wakil UNRWA dan telah giat memberikan maklumat mengenai proses penyampaian bantuan melalui media sosial.

“Dana disalurkan melalui UNRWA yang beroperasi secara aktif di lapangan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa dan keluarga mereka di Gaza,” kata RLAF.

RLAF akan menjalankan satu lagi kutipan dana dalam talian dari 20 hingga 26 Mac bagi menyediakan bantuan kemanusiaan bagi warga Palestin, khususnya wanita dan kanak-kanak yang terjejas di Gaza.

RLAF juga akan menjalankan tabung Jumaat pada 22 Mac di masjid serata Singapura untuk memudahkan mereka yang ingin menghulurkan derma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >