Topik diikuti
Pergi ke BHkuRobot ‘Olly’ di stesen MRT sedia jawab pertanyaan penumpang mulai 31 Ogos
Tidak pasti hendak pergi ke mana atau mempunyai pertanyaan berkaitan laluan MRT?
Tanya sahaja ‘Olly’, sebuah robot humanoid di stesen MRT Little India di Laluan Downtown (DTL).
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menjalankan satu ujian melibatkan robot humanoid di stesen MRT tersebut selama dua minggu, dari 31 Ogos hingga 11 September.
LTA dalam satu hantaran Facebook pada 20 Ogos berkata inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk meneroka bagaimana teknologi yang dilengkapi kecerdasan buatan (AI) dapat menyokong operasi pengangkutan awam di Singapura serta menjadikan pengalaman perjalanan ulang-alik lebih baik.
Robot humanoid tersebut akan beroperasi pada Isnin hingga Jumaat, dari 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Justeru, orang awam boleh saja menghampiri ‘Olly’ pada waktu demikian untuk bertanyakan soalan berkaitan arah jalan dan laluan MRT.
‘Olly’ tidak akan meronda sekitar kawasan MRT secara berseorangan tetapi akan dipantau dan ditemani pegawai LTA.
