Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rokok elektronik, alat ganti lebih $5j dirampas, dua warga Thai ditangkap dalam serbuan

Pegawai ICA temui lebih 400,000 e-vaporiser, alat ganti di gudang di Woodlands Industrial Park
May 21, 2024 | 5:31 PM
Ini merupakan rampasan e-vaporiser kedua terbesar oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA), menyusuli satu rampasan pada Mac lalu. 
Ini merupakan rampasan e-vaporiser kedua terbesar oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA), menyusuli satu rampasan pada Mac lalu.  - Foto: ICA, HSA

Rokok elektronik, atau e-vaporiser, dan alat gantinya bernilai lebih $5 juta dirampas dan dua warga Thailand ditangkap dalam satu serbuan pada 24 April lalu.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata dalam satu kenyataan bersama pada 21 Mei, pegawai ICA menemui melebihi 400,000 e-vaporiser dan alat gantinya di sebuah gudang di Woodlands Industrial Park.

HSA dimaklumkan mengenai penemuan itu, yang merupakan rampasan e-vaporiser kedua terbesar sejauh ini.

Pada Mac, HSA merampas e-vaporiser dan komponennya berjumlah lebih $6 juta, tambah kenyataan itu.

Dua warga Thailand itu didakwa pada 26 April bagi kesalahan yang dikaitkan dengan tinggal di Singapura secara tidak sah tanpa pas sah.

Kedua-dua lelaki itu – berusia 22 dan 30 tahun – sedang membantu dalam siasatan.

HSA berkata mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan e-vaporiser dan komponennya adalah satu kesalahan.

Sesiapa yang didapati bersalah berbuat demikian boleh didenda hingga $10,000 atau dipenjara hingga enam bulan atau dikenakan kedua-dua hukuman bagi kesalahan pertama, dan didenda hingga $20,000 atau dipenjara hingga 12 bulan atau dijatuhi kedua-dua hukuman bagi kesalahan berikutnya.

Orang ramai yang mempunyai sembarang maklumat mengenai kegiatan melibatkan pengedaran e-vaporiser boleh menghubungi Cawangan Peraturan Tembakau HSA di talian 6684-2036 atau 6684-2037.

ICA berkata, ia memandang serius terhadap percubaan warga asing tinggal lebih tempoh sah di Singapura.

Sesiapa yang ditangkap tinggal melebihi tempoh sah masa kurang dari 90 hari boleh didenda hingga $4,000 atau penjara hingga enam bulan atau dikenakan kedua-dua hukuman.

Pesalah juga akan dihantar pulang dan dihalang daripada memasuki Singapura semula selepas menjalani hukuman penjara dan/atau pembayaran denda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg