Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Energy Stick’ sasar kanak-kanak, buka jalan kepada rokok dan vape: Pakar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Energy Stick’ sasar kanak-kanak, buka jalan kepada rokok dan vape: Pakar

Mar 15, 2024 | 11:01 AM



Mereka yang menggunakan penyedut hidung atau “energy stick” boleh terpengaruh menjadi perokok dan menggunakan ‘vape’ (sejenis rokok elektronik), dan mungkin juga mengalami masalah pernafasan dan kerosakan kesihatan jangka panjang, kata pakar penjagaan kesihatan.

Penyedut hidung – kira-kira saiz kotak mancis – secara perlahan mendapat perhatian orang muda, sebahagian besarnya disebabkan oleh taktik pemasaran media sosial yang ditujukan kepada belia dan pelajar.

Ciri-cirinya hampir sama dengan vape atau e-vaporiser yang diharamkan, dan ia ditawarkan dalam pelbagai perisa seperti tembikai, mangga dan anggur, dan mempunyai dua serampang yang dimasukkan ke dalam lubang hidung pengguna untuk dihidu. 

Bahan tambahan berperisa yang terdapat dalam penyedut hidung ini ditambah kepada produk dan dipasarkan sebagai “lebih sihat” dan “lebih semula jadi”, tetapi tidak wujud kajian terhad untuk menyokong dakwaan ini, kata Dr Sewa Duu Wen, Ketua dan Perunding Kanan Penjagaan Pernafasan dan Perubatan Kritikal di Hospital Besar Singapura.

“Malah, terdapat pendapat mencadangkan beberapa sebatian perisa ini menyumbang kepada saluran pernafasan yang toksik, menjejas fungsi sel imun pernafasan dan menyebabkan kerosakan selular,” katanya dalam satu laporan The Straits Times.


Beliau menambah bahawa walaupun perisa ini tidak membawa kepada ketagihan, penggunaannya dalam produk lain seperti rokok dan produk vape telah dikaitkan dengan peningkatan penggunaan oleh remaja, dan mungkin menimbulkan bahaya kesihatan jangka panjang yang tidak menentu.

Menurut laporan itu lagi, penyedut hidung ini boleh dibeli di laman e-dagang dengan harga serendah $1.50.

Pada 4 Mac, isu penyedut hidung ini telah dibangkitkan di Parlimen, apabila Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) bertanya tentang kesan penyedut ini dan sama ada ia patut dikawal seperti vaporiser dan e-rokok. Vaporiser dan e-rokok diharamkan di Singapura.

Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) bertanya tentang penggunaan produk sedemikian dalam kalangan golongan muda di Singapura, dan peranan mereka sebagai peranti yang membuka jalan untuk penyalahgunaan dadah.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Janil Puthucheary, dalam jawapannya, berkata Kementerian Kesihatan dan Penguasa Sains Kesihatan memantau dengan teliti penggunaan penyedut hidung yang dipasarkan di media sosial dengan pelbagai perisa yang menyasarkan golongan muda.

Beliau menambah bahawa langkah boleh diambil jika didapati mengandungi bahan berbahaya seperti nikotin.

“Kami akan terus menilai produk ini untuk memastikan ia tidak dicemari dengan bahan berbahaya seperti nikotin, dan kami akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi kesihatan awam.”

Penyenaraian yang ditemui di peruncit dalam talian Shopee menarik lebih daripada 4,200 pembeli, dan mempunyai penilaian purata 4.8 bintang. 

Kata Dr Sewa: “Sesetengah produk yang ditemui dalam talian ini dihasilkan oleh syarikat yang mempunyai piawaian kawalan kualiti yang tidak jelas dan mungkin tidak tertakluk kepada peraturan ketat yang sama yang diletakkan di syarikat yang lebih dikenali.”

Ramuan itu terdapat dalam produk kesihatan terkawal tertentu yang telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat untuk digunakan bagi melegakan simptom hidung tersumbat, kata Dr Sewa.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa manfaat kesihatan lain yang dikatakan, seperti meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan keletihan, tidak dapat dipastikan.

Beliau berkata: “Apabila bahan-bahan ini diserap dalam kuantiti yang banyak pada kanak-kanak, potensi untuk menyebabkan kesan sampingan mungkin lebih jelas, berbanding dengan populasi dewasa.

“Oleh itu, kanak-kanak yang sangat muda, berumur kurang daripada enam tahun, dinasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan produk ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >