Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rosak barang kempen PAP GE2025: Lelaki hadapi tuduhan tambahan

Jul 4, 2025 | 4:36 PM
Seng Guan Heng, 57 tahun, turut didakwa dengan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain.
Seng Guan Heng, 57 tahun, turut didakwa dengan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain. - Foto ZAOBAO

Seorang lelaki yang dikatakan merosakkan bahan kempen milik Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Hougang Avenue 5 pada Hari Mengundi pada 3 Mei, telah didakwa dengan satu pertuduhan gangguan, khianat dan menyebabkan kekacauan ketika berada dalam keadaan mabuk.

Seng Guan Heng, 57 tahun, didakwa dengan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap orang lain, lapor The Straits Times.

Lelaki warga Singapura itu berada di tempat letak kereta terbuka berhampiran Blok 328 sekitar jam 11.20 malam pada 3 Mei apabila dia didakwa menyebabkan gangguan kepada orang lain dengan menjerit-jerit dalam keadaan mabuk.

Dia juga didakwa merosakkan tiang dua bendera PAP dan lima poster milik parti itu yang bernilai sekitar $200 secara keseluruhan.

Beberapa minit kemudian, Seng didakwa menolak dua lelaki - kedua-duanya sukarelawan parti - di bahagian dada dengan tangannya.

Dia juga dikatakan membuat isyarat lucah dan menghamburkan kata-kata kesat kepada sekumpulan sukarelawan PAP.

Di mahkamah, Seng yang tidak diwakili peguam, berkata dia berniat untuk mengaku bersalah.

Dia menambah bahawa dia merancang untuk ke Indonesia dan Vietnam atas urusan kerja, namun tidak mendedahkan butiran pekerjaan tersebut.

Hakim Daerah Wong Li Tein memaklumkan bahawa dia perlu membuat permohonan dalam talian untuk mendapatkan kelulusan perjalanan.

Seng kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia bercadang mendapatkan nasihat guaman dan kesnya telah ditangguhkan ke 1 Ogos.

Kawasan di mana insiden itu didakwa berlaku terletak di bawah Kawasan Undi Perseorangan Hougang (SMC Hougang) di mana peguam, Encik Marshall Lim mewakili parti pemerintah menentang calon Parti Pekerja, Encik Dennis Tan, yang juga seorang peguam.

Encik Tan berjaya mengekalkan kerusi Parlimennya untuk penggal kedua berturut-turut selepas menang dalam pilihan raya umum tersebut.

Encik Lim tiba lewat di Stadium Bedok pada malam 3 Mei, di mana para penyokong PAP berkumpul untuk menantikan keputusan pilihan raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg