Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Rumah lebih indah dengan bantuan penghuni Darul Islah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah lebih indah dengan bantuan penghuni Darul Islah

Dec 25, 2023 | 03:54 PM



Perayaan Hari Krismas buat Cik Ramesware Malaiyandy, 61 tahun, kali ini lebih bersinar.

Pada 21 Disember, beberapa penghuni dan bekas penghuni dari Rumah Peralihan Jamiyah, Darul Islah, telah bergotong-royong untuk membersihkan dan memperbaiki flat sewa dua bilik di Bukit Batok.

Bantuan itu merupakan sebahagian daripada Projek ‘Happiness’, satu program jangkauan masyarakat kendalian Jamiyah.

Cik Ramesware merupakan antara penerima yang terpilih untuk menyertai projek itu kali ini.

Apabila ditemui Berita Harian (BH) di rumahnya, Cik Ramesware berkata rumahnya kelihatan paling bersinar dan ceria pada 2023, sejak beliau mula menetap di sana sekitar 14 tahun lalu.


Anggota Parlimen Bukit Batok, Encik Murali Pillai, turut mengunjungi Cik Ramesware pada hari tersebut.

“Bantuan ini sangat bermakna bagi saya, terutama pada saat-saat susah. Rumah kami kini bukan sahaja lebih cantik, malah juga lebih selesa,” ujar Cik Ramesware, ibu tiga orang anak dengan nada terharu.

Menurut Cik Ramesware, yang terpaksa menahan sebak sepanjang wawancara, hidupnya penuh cabaran, terutama sejak kehilangan suaminya yang meninggal dunia tujuh tahun lalu.

Pada usia lanjut itu, beliau kini juga penjaga utama anak lelaki yang hilang daya penglihatan pada usia tiga tahun.

Cik Ramesware tinggal enam beranak di flat itu. Selain beliau dan anak lelakinya, beliau juga ditemani seorang anak perempuannya, yang juga ibu tiga anak.







Ditanya bagaimanakah Jamiyah mengenal pasti dan memilih keluarga atau individu untuk menyertai Projek ‘Happiness’, Naib Presiden Pertama Jamiyah, Encik Jaffar Mydin, yang juga Ketua Pegawai Operasi, berkata pihaknya menggunakan pangkalan data dan maklumat yang dikumpulkan melalui program jangkauan masyarakat dan pembangunan.

“Untuk edisi Krismas kali ini, kami telah memilih empat keluarga daripada senarai kami berdasarkan profil, latar belakang dan keperluan setiap isi rumah.

“Kami juga melakukan lawatan ke rumah golongan tersebut untuk menilai keadaan mereka. Langkah ini membantu kami dalam menentukan keluarga yang amat memerlukan,” ujar beliau.

Menjawab pertanyaan BH, jurucakap Jamiyah berkata perbelanjaan sebanyak $3,000 yang diperlukan untuk memperbaiki rumah dan pembelian perabot ditampung hasil sumbangan daripada Integrated Property Management Pte Ltd, One Best Subcontractor Pte Ltd dan Fei Teng Logistics Services Pte Ltd.

Sejak dimulakan pada 2019, Projek ‘Happiness’, telah membantu 17 keluarga, termasuk empat keluarga pada 2023.

Projek ‘Happiness’ adalah program masyarakat yang memberi peluang kepada penghuni dan bekas penghuni Darul Islah menghulurkan bantuan serta mendampingi masyarakat.

Darul Islah menyediakan tempat tinggal dalam tempoh peralihan buat bekas penagih dadah.

Encik Jaafar berkata: “Kami bercadang untuk teruskan inisiatif kemasyarakatan ini kerana ia bukan saja memupuk ciri dan kesan positif kepada penghuni Darul Islah, malah ia membawa keceriaan pada musim perayaan kepada keluarga yang perlukan bantuan.”

“Program ini berperanan sebagai wadah untuk mereka (penghuni dan bekas penghuni Darul Islah) menyumbang kembali kepada masyarakat dengan membuat kerja sukarelawan, seperti membersih dan mengubah suai rumah golongan untuk keluarga yang kurang berkemampuan.

“Ini sekali gus dapat memperkukuhkan semangat perpaduan dalam masyarakat. Kami juga berharap dapat mengembangkan Projek ‘Happiness’ ke lebih banyak tempat pada masa akan datang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >