SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rumah terbuka Istana pada 19 Apr rai Aidilfitri, Hari Pekerja

Rumah terbuka Istana pada 19 Apr rai Aidilfitri, Hari Pekerja

Pelbagai kegiatan menarik menanti pengunjung; warga S’pura serta PR masuk percuma
Apr 13, 2026 | 3:43 PM

Rumah terbuka Istana pada 19 Apr rai Aidilfitri, Hari Pekerja

rumah terbuka Istana, Aidilfitri, Hari Pekerja, Rumah Terbuka Istana, Istana Open House 2026, lawatan Istana Singapura, tiket masuk Istana, persembahan budaya Singapura, Cabaran Presiden, Hari Raya Aidilfitri Singapura.
Pengunjung boleh menyaksikan pelbagai aktiviti dan persembahan budaya yang meriah semasa rumah terbuka Istana pada 19 April. - Foto fail

Boling padang, melukis, kraftangan dan permainan mencari harta karun adalah antara aktiviti yang boleh disaksikan orang ramai di rumah terbuka Istana pada 19 April.

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja yang akan datang, pengunjung boleh mengunjungi Istana dari 8.30 pagi hingga 6 petang pada hari tersebut, kata Pejabat Presiden dalam satu kenyataan pada 13 April.

Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac, manakala Hari Pekerja disambut pada 1 Mei.

Dari 10 pagi hingga 3.40 petang, pengunjung antara lain boleh menikmati persembahan muzik, dan budaya yang mencerminkan warisan berbilang kaum Singapura. 

Persembahan akan menampilkan lagu klasik yang dikenali merentasi generasi, serta persembahan tradisi Melayu dan India, termasuk tarian Melayu dan tarian rakyat India.

Persembahan tersebut akan dipersembahkan oleh MacPherson Philharmonic Orchestra, Koir Kanak-Kanak Sekolah Rendah Punggol View, Persatuan Budaya India Politeknik Singapura (SP), Persatuan Bahasa Melayu SP, dan Koir Kanak-Kanak Voices of Singapore (VOS).

Pengunjung juga boleh singgah di gerai aktiviti dan barang jualan yang dikendalikan oleh agensi dan organisasi perkhidmatan sosial seperti Life Community Services, Parabowls Singapore dan Pergerakan Baik Budi Singapura (SKM) untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha mereka dalam menyokong masyarakat.

Lawatan berpandu sendiri ke Istana Villa, di mana pengunjung boleh melihat koleksi hadiah rasmi negara, diadakan dari 8.30 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, pengunjung juga boleh membuat lawatan di kawasan Istana mengikut slot masa antara 9 pagi hingga 4 petang, sekiranya mereka telah mendaftar terlebih dahulu.

Kemasukan ke kawasan Istana adalah percuma bagi warga Singapura, penduduk tetap (PR) dan pembantu rumah yang mengiringi keluarga. Bagi yang lain, bayaran kemasukan sebanyak $20 bagi orang dewasa dan $10 bagi kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun dikenakan.

Kemasukan ke Istana Villa dikenakan $2 bagi warga Singapura dan PR. Bagi mereka yang bukan PR, bayaran adalah $10 (dewasa) dan $5 (kanak-kanak empat hingga 12 tahun). Kanak-kanak bawah empat tahun masuk percuma.

Semua hasil bayaran kemasukan ke kawasan Istana dan lawatan akan disalurkan kepada program yang disokong oleh Cabaran Presiden.

Pengunjung boleh memasuki Istana melalui pintu gerbang utamanya di Orchard Road. Stesen MRT yang paling hampir ialah Dhoby Ghaut.

Untuk maklumat lanjut, layari go.gov.sg/visitistana.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg