Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rumah terbuka Istana pada Ahad sempena Deepavali

Nov 8, 2023 | 7:45 PM
RAI BERSAMA: Orang ramai boleh menjangkakan persembahan, reruai aktiviti dan lawatan ke Istana.
RAI BERSAMA: Orang ramai boleh menjangkakan persembahan, reruai aktiviti dan lawatan ke Istana. - Foto fail

Istana akan dibuka kepada orang ramai dari 8.30 pagi hingga 6 petang pada 12 November 2023 sempena sambutan Deepavali.

Pengunjung boleh menjangkakan persembahan instrumen, tarian dan pancaragam oleh pelajar dari Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), Sekolah St. Margaret, Sekolah Menengah Yishun dan Sekolah Rendah Bukit Timah.

Persatuan Seni Halus India Singapura (Sifas) dan Team Fusion juga akan membuat persembahan.

Pemain flut, Encik Ghanavenothan Retnam dan Encik Tan Qing Lun akan mempamerkan gabungan muzik klasik India dan Cina.

Terdapat aktiviti seperti seni inai, menghasilkan lilin dan ukiran belon yang boleh disertai pengunjung.

Reruai makanan dan barangan seperti cenderahati edisi terhad serta akan turut berada di kawasan tersebut.

Pengunjung boleh menyertai lawatan berpandu ke bangunan utama, di mana mereka akan dapat melihat bilik yang terpilih dan hadiah yang disampaikan kepada pemimpin Singapura, dari 9.30 pagi hingga 5 petang.

Lawatan berpandu ke kawasan yang mempamerkan flora dan fauna Istana akan berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang, namun pengunjung boleh memilih untuk bersiar-siar dan menikmati pemandangan indah secara sendirian.

Rumah terbuka ini merupakan yang pertama di Istana sejak Encik Tharman Shanmugaratnam dipilih menjadi Presiden.

Tiada bayaran dikenakan bagi warga Singapura dan penduduk tetap.

Bagi warga asing, golongan dewasa yang melawat dikehendaki membayar yuran masuk $10 seorang manakala kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun akan dikenakan bayaran $2 untuk masuk.

Semua hasil daripada tiket masuk, lawatan dan reruai akan disalurkan kepada badan amal yang disokong oleh Cabaran Presiden. Hanya pembayaran tanpa tunai melalui kad kredit dan debit atau kod QR diterima.

Kemasukan mungkin dihadkan jika ia disebabkan cuaca buruk atau kapasiti.

Orang ramai boleh memasuki pekarangan Istana melalui pintu utamanya di Orchard Road berdekatan dengan stesen MRT Dhoby Ghaut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg